DUA maut apabila sebuah lori melanggar empat kenderaan di Jalan Banting- Dengkil , Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 7 pagi. Berdasarkan maklumat diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori melanggar empat kereta.
Lori tersebut kemudian terbalik dan menghempap sebuah Perodua Myvi yang dinaiki dua wanita berumur 20-an dan 40-an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, dipercayai sekeluarga.
Semua mangsa dikeluarkan pada jam 9.45 pagi, mangsa wanita berumur 40-an dan kanak-kanak disahkan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa cedera kaki dan semua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dirawat.
SUMBER: Bernama | FB MyKualaLangat
Leave a Reply