• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembinaan Jambatan Keluli Jalan Dabong-Jeli Dijangka Siap Sebelum Raya

Pembinaan Jambatan Keluli Jalan Dabong-Jeli Dijangka Siap Sebelum Raya

January 22, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMBINAAN jalan di KM73.85 Dabong-Jeli (FT066) berhampiran Kampung Kubur Datu, Jeli, Kelantan yang runtuh akibat banjir baru-baru ini berjalan mengikut jadual.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail berkata, projek itu kini di peringkat penentuan konsep rekabentuk daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) dan dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu lagi.

Menurutnya, pembinaan tersebut melibatkan penggantian sistem saliran jenis Corrugated Metal Pipe (CMP) yang rosak kedalaman tujuh meter kepada box culvert atau pembentung daripada konkrit.

JKR Kelantan mengambil masa dua minggu untuk fasa merekabentuk yang dilaksanakan CSFJ melibatkan penukaran besi CMP kepada box culvert dan sedikit tertangguh disebabkan ujian tanah. Namun masalah itu sudah diselesaikan dan dihantar ke CSFJ untuk dianalisis kesesuaian rekabentuk box culvert.

Sebelum ini, JKR berjaya melaksanakan inisiatif segera menghubungkan sementara penduduk kampung melalui pembinaan jambatan panel keluli bermodular atau bailey bridge yang siap sehari lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

"Setakat ini, kami juga masih komited menyiapkan keseluruhan jalan kekal bernilai RM700,000 ini sebelum hari raya sebagaimana kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi," kata Mohd Suhaili.

Pada 1 Januari lalu, tanah runtuh di laluan tersebut menyebabkan kira-kira 20,000 penduduk di beberapa kampung terputus hubungan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Jalan Dabong-Jeli

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my