• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GVT, Yutong Meterai Perjanjian Bekal Bas EEV, EV

GVT, Yutong Meterai Perjanjian Bekal Bas EEV, EV

January 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT pengedar kenderaan elektrik (EV) tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) baru-baru ini menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat dari China, Yutong Bus Company Limited.

Pengarah Eksekutif GVT, Wan Ahmad Wan Omar berkata, perjanjian itu bagi menjalin perkongsian strategik dari segi pengedaran, pemasangan tempatan  (CKD) dan penyerahan pesanan rasmi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Yutong ialah  pengeluar bas elektrik terbesar dengan jumlah pengeluaran lebih 400 unit sehari dan sudah merekodkan jualan  36,518 unit bas tenaga baharu pada  2023 dan jualan kumulatif global  175,000 unit setakat ini.

Majlis MoU itu ditandatangani Wan Ahmad bersama Pengurus Wilayah Asia Pasifik Yutong, Michael Lu.

Menurutnya, pesanan dan perjanjian itu menampilkan 14 model bas EV dan EEV Yutong Series meliputi barisan bas mesra OKU dengan laluan masuk serendah 230-300sm bagi memudahkan  penumpang  keluar dan masuk bas.

Barisan bas tersebut juga disertakan port USB untuk pemandu dan  penumpang serta dilengkapi sistem stereng Bosch.

Bas itu mengambil masa kurang 10 saat untuk mencapai pecutan 0-30km dan turut mempunyai ciri keselamatan struktur gelang tertutup diperkuat dalam binaan badan.

Selain itu, bas tersebut juga dilengkapi ciri keselamatan seperti sistem kamera panoramik 360 darjah, sistem amaran perlanggaran, Sistem Brek Elektronik (EBS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Regulasi Antigelincir (ASR).

Penggunaan bas elektrik itu juga sejajar inisiatif Kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan misi Goauto Group.

Maklumat lanjut mengenai barisan bas elektrik dan diesel keluaran GVT boleh layari laman web www.goautovan.my atau media sosial GoAuto Van.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Cekap Tenaga (EEV), bas elektrik, bas EV dan EEV Yutong Series, Gurun Vehicle Technologies (GVT), Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev