• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai IONIQ 5 N NPX1, Bawa Contoh Perkakasan N Performance Parts, Ditawarkan Tahun Ini!

Hyundai IONIQ 5 N NPX1, Bawa Contoh Perkakasan N Performance Parts, Ditawarkan Tahun Ini!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SELEPAS tampil dengan kenderaan elektrik (EV) berprestasi IONIQ N, Hyundai maju setapak lagi dengan menawarkan perkakasan berprestasi N Performance Parts yang dijual secara berasingan.

Sebuah model konsep, IONIQ 5 N NPX1 menjadi pentas yang dipasangkan perkakasan prototaip N Performance Parts.

Hyundai N merancang untuk menawarkan perkakasan penalaan khas buat kesemua EV N termasuk IONIQ 5 N.

Hyundai sebelum ini menawarkan model N penuh untuk kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti i20 N, Veloster N, Elantra N, i30 N dan Kona N.

NPX1 dilengkapi sejumlah perkakasan N seperti splitter depan karbon, skirt sisi, difuser belakang, sayap belakang, pad brek berprestasi tinggi dan pegas gegelung rendah. Menariknya, rim dibuat dari karbon kacukan (hibrid)!

Bahagian dalam dilengkapi kerusi lumba bucket dan balutan Alcantara. Perkakasan prototaip pada NPX1 akan dibangunkan lagi untuk pengeluaran sebelum dijual pada tahun ini juga.

Selain perkakasan, Hyundai juga sedang membangunkan perisian khas seperti bunyi dan penentukuran kereta melalui kemas kini dalam talian (OTA).

Apa agaknya prestasi IONIQ 5 N dengan segala perkakasan N Performance Parts? Sebagai rujukan, IONIQ 5 N dengan dua motor elektrik memiliki kuasa 448 kW (600 hp) dan tork 740Nm.

Mod N Grin Boost (NGB) selama sepuluh saat membolehkan pemandu menikmati 478 kW (641 hp) dan 770Nm dengan pecutan 0 - 100 km/j hanya perlu 3.4 saat atau 0.1 saat lebih awal. Kelajuan maksimum mencecah 260 kmj.

Menggunakan bampar bersirip yang dominan pada bahagian depan dan belakang serta spoiler besar, model itu dijangka lebih stabil pada laluan lurus dan di selekoh selain memiliki daya mendap tinggi.

Hyundai IONIQ 5 N NPX1 Concept 2024:

Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.01
Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.02
Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.03
Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.04
Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.05
Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024.06

Hyundai IONIQ 5 N:

Hyundai IONIQ 5 N 2023.25
Hyundai IONIQ 5 N 2023.26
Hyundai IONIQ 5 N 2023.24
Hyundai IONIQ 5 N 2023.23
Hyundai IONIQ 5 N 2023.22
Hyundai IONIQ 5 N 2023.21
Hyundai IONIQ 5 N 2023.20
Hyundai IONIQ 5 N 2023.19
Hyundai IONIQ 5 N 2023.18
Hyundai IONIQ 5 N 2023.17
Hyundai IONIQ 5 N 2023.16
Hyundai IONIQ 5 N 2023.15
Hyundai IONIQ 5 N 2023.14
Hyundai IONIQ 5 N 2023.13
Hyundai IONIQ 5 N 2023.12
Hyundai IONIQ 5 N 2023.11
Hyundai IONIQ 5 N 2023.10
Hyundai IONIQ 5 N 2023.09
Hyundai IONIQ 5 N 2023.08
Hyundai IONIQ 5 N 2023.07
Hyundai IONIQ 5 N 2023.06
Hyundai IONIQ 5 N 2023.05
Hyundai IONIQ 5 N 2023.04
Hyundai IONIQ 5 N 2023.03
Hyundai IONIQ 5 N 2023.02
Hyundai IONIQ 5 N 2023.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hyundai, Hyundai Ioniq 5, Hyundai IONIQ 5 N, Hyundai IONIQ 5 N NPX1, Hyundai IONIQ 5 N NPX1 2024, N, N Performance Parts

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev