• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan WCE Jajaran Beruas-Taiping Dibuka Sebelum Aidilfitri

Laluan WCE Jajaran Beruas-Taiping Dibuka Sebelum Aidilfitri

January 18, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBUHRAYA Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan jajaran Beruas ke Taiping Selatan sejauh 35.5km dijangka dibuka menjelang Hari Raya Aidilfitri, April tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dr Nadzrol Fadzilah Ahmad berkata, pemeriksaan menyeluruh ,terutama aspek keselamatan sedang dilaksanakan sebelum dibuka kepada pengguna lebuh raya.

Menurutnya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berusaha membuka laluan berkenaan lebih awal seperti diharapkan Kerajaan Negeri Perak.

Kita ada usaha untuk buka laluan ini pada Tahun Baru Cina tetapi kita tidak boleh sahkan dapat dibuka sebelum perayaan berkenaan kerana masih tertakluk kepada faktor keselamatan.

"Tetapi kalau suku tahun pertama, saya rasa tidak akan sampai bulan April kerana kita ada keyakinan tinggi akan dibuka sebelum Aidilfitri.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, lebuh raya itu penting kerana akan menjadi laluan strategik bagi memperluas jaringan pengangkutan.

Bukan sahaja antara pekan dan daerah tetapi juga keterhubungan Perak dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang bermula dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang.

"Ia penting kerana menjadi pemangkin kepada perancangan Perak dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran pantai barat selain mengubah landskap pelancongan negeri dengan memudahkan akses ke destinasi-destinasi strategik seiring kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Menurutnya, dengan pembukaan lebuh raya itu, ia akan menjadi laluan alternatif kepada pengguna untuk ke kawasan Pantai Barat seperti Teluk Intan, Manjung, Pulau Pangkor, Beruas, Trong, Changkat Jering dan Taiping.

Seksyen 11 iaitu jajaran Beruas-Taiping Selatan adalah pelengkap kepada jajaran Lebuhraya WCE di bahagian laluan negeri Perak yang kini dalam fasa akhir sebelum dibuka kepada pengguna.

SUMBER: SinarHarian | FB: Saarani Mohamad

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beruas-Taiping, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Lebuhraya WCE, West Coast Expressway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev