PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan penambahan dua model baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) penuh Audi e-tron, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi SQ8 e-tron dan Audi SQ8 Sportback e-tron.
Dua model itu ditawarkan pada harga RM519,990 untuk SQ8 e-tron dan RM529,990 bagi varian SQ8 Sportback e-tron.
Berikut spesifikasi Audi SQ8 e-tron quattro 2024:
Trenkuasa
- Kapasiti bateri 114kWh memberikan output kuasa 370kW (503ps) dan tork 973Nm dengan transmisi planetari nisbah 2-tahap dengan gear tunggal.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.
- Jarak pemanduan 416-458km (Sportback SQ8 e-tron: 427-471km) mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
- Sistem pacuan semua roda (AWD) elektrik dengan suspensi udara adaptif.
Luaran
- Antara ciri luaran menyerlah ialah kaliper brek merah, cermin sisi kompak gentian karbon, rel bumbung hitam dan kemasan hitam lain untuk pakej Plus.
- Cermin sisi virtual.
- Rekabentuk belakang diserlahkan dengan difuser udara aerodinamik dan lampu LED unit gaya tersendiri.
- Lampu utama Digital Matrix LED dengan suluhan projektor Singleframe di depan dan lampu kombi LED di belakang.
- Rim Audi Sport 5-jejari gaya Inteferenz rekaan diamond-turned bersaiz 22 inci dalam warna Titanium Gray.
- Audi SQ8 e-tron didatangkan dalam tujuh warna pilihan: Magnet Gray (kelabu), Ultra Blue (biru), Chronos Gray (kelabu), Mythos Black (hitam), Plasma Blue (biru), Daytona Gray (kelabu) dan Glacier White (putih).
Dalaman
- Kombinasi material kulit pada papan pemuka berserta kemasan karbon dan aluminium.
- Material kerusi kulit Valcona dengan logo 'S'.
- Kapasiti but 569 liter (Sportback SQ8 e-tron: 528 liter).
- Sistem audio premium Bang & Olufsen dengan bunyi tiga dimensi (3D).
Ciri Keselamatan
- Ciri keselamatan standard terdiri daripada:
- 6 beg udara SRS sisi dan belakang
- Kerusi kanak-kanak ISOFIX dengan pautan atas (top tether)
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
- Amaran Tukar Lorong (LDW).
- Kawalan Jelajah Adapatif (ACC) dengan pengehad halaju.
Waranti
- Kedua-dua varian SUV EV itu boleh dibeli bersama pilihan pakej Audi Assurance Package (AAP) yang menawarkan waranti lanjutan hingga lima tahun berserta servis berjadual percuma untuk tiga tahun pertama dan bantuan jalanan percuma lima tahun pertama.
- Sistem bateri pula dilindungi berasingan menerusi waranti lapan tahun atau perbatuan 160,000km. Semua waranti tertakluk terma dan syarat.
Maklumat lanjut mengenai SQ8 e-tron dan model Audi lain dalam barisan e-tron boleh kunjungi bilik pameran terdekat Audi Malaysia, atau layari laman web www.audi.com.my.
Leave a Reply