SEMUA tahu model-model Perodua ialah produk penjenamaan semula (rebadge) daripada model Daihatsu Jepun. Menggunakan casis dan enjin asal buatan pengeluar dari Negara Matahari Terbit itu, tugas Perodua adalah menumpukan kepada hal-hal rekabentuk luaran dan dalaman yang diberikan sentuhan cita rasa tempatan. Malah, hasil rekaan Perodua juga tidak kalah dengan rekaan asal Daihatsu sendiri.
Jadi, memang tidak hairanlah Daihatsu Indonesia memilih menggunakan rekabentuk Perodua Myvi sebagai model baharu Sirion 2017 untuk pasaran negara itu. Maknanya, double rebadge!
Sebenarnya, Daihatsu Indonesia sudah mula 'menyalin' Myvi sejak 2007 bermula generasi pertama sebelum disusuli generasi kedua pada 2011. Kemudian, bermula model generasi kedua, Perodua sudah mengeksport sepenuhnya model Myvi ke Indonesia untuk disumpah menjadi Daihatsu. Maknanya, unit Sirion untuk pasaran negara jiran itu ialah model import atau CBU dari kilang Perodua di Rawang.
TUKAR LOGO SAHAJA
Melihat penampilan Sirion 2017, boleh dikatakan kereta subkompak hatchback itu menggunakan 100 peratus kit badan Myvi dengan hanya menukar lambang P (Perodua) pada gril depan kepada D (Daihatsu), termasuk perkataan Sirion di but belakang. Bukan itu saja, stail rim sport digunakan juga sama dan begitu juga kemasan dalaman yang sepenuhnya sama kecuali lambang D di roda stereng.
Mereka yang tidak tahu mungkin menganggap Perodua melakukan rebadge Sirion Indonesia menjadi Myvi. Tetapi faktanya, Myvi yang menjadi model rebadge untuk Sirion Indonesia dan sudah tentu ia perkara yang boleh dibanggakan.
Mengulas mengenai debut Sirion Indonesia, apakah selepas ini pemilik Myvi di Malaysia akan cuba pula melakukan proses rebadge ketiga ke atas kereta mereka daripada nama asal Perodua Myvi kepada Daihatsu Sirion? Maklumlah, mahu nampak ala kereta import dan ada elemen keicar.
Apapun, kita layan dahulu gambar-gambar menarik Daihatsu 'Myvi' 2017 untuk pasaran Indonesia. 😀
GALERI
SUMBER: Daihatsu Indonesia
azrix says
dah banyak dah orang tukar emblem sirion ni kat malaysia .. komuniti pon dah ada sirion legasy
tunis says
and now proton is sold to chinese..poor proton