• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #SPYSHOT: BYD Dikesan Uji Prototaip Trak Pikap di China

#SPYSHOT: BYD Dikesan Uji Prototaip Trak Pikap di China

January 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan China, BYD dilaporkan sedang menguji prototaip trak pikap mereka di republik itu selepas tular beberapa foto di Internet.

Laporan awal pada Oktober 2023 pernah mendedahkan paten trak pikap BYD sebelum beberapa foto kenderaan dengan kamoflaj dikesan tular di internet.

HIBRID DULU, ELEKTRIK PENUH BAKAL LANCAR

  • Foto terbaharu menunjukkan trak pikap itu tanpa kamoflaj, termasuk ruangan kabin. Bahagian luaran menunjukkan kenderaan itu mengikuti arus rekabentuk trak pikap dengan imej rugged.
  • Turut dilaporkan versi trak pikap BYD, iaitu varian hibrid yang akan diperkenalkan tahun ini dan 2025 untuk versi elektrik penuh.

REKABENTUK LUARAN

  • Bahagian depan trak pikap BYD memaparkan rekabentuk berkotak dengan lampu utama kembar LED menegak. Juga  lampu siang (DRL) LED bentuk huruf C.
  • Trak pikap itu juga ada ruang atau jarak tinggi bumi yang baik, dan ada pemijak sisi untuk membantu penumpang dan pemandu memasuki kabin jenis double-cab. Bagaimanapun, ruang kargo belakang agak kecil berbanding produk jenama Jepun.
  • Lampu belakang juga diposisikan menegak dan cermin belakang lebar membantu mengemas kini gaya rekaan belakang.
  • Maklumat dokumen paten menjelaskan rekabentuk luaran kenderaan itu 'diawasi' Ketua Saintis BYD, Lian Yubo; Pengarah Rekabentuk Global, Wolfgang Egger dan beberapa individu seperti  Yin Yadong, Huang Zuzheng, Huang Jiangrong dan Yan Xiaoyu.

RUANG KABIN

  • Ruang dalaman menunjukkan trak pikap BYD mengekalkan warisan rekabentuk konsol tengah dengan paparan unit infotainemnt skrin besar di tengah, berserta kluster instrumen digital di depan pemandu.
  • Khabarnya, ada fungsi paparan dongak (HUD) akan disepadu di belakang panel instrumen. Ada juga modul bentuk H di belakang skrin tengah tetapi tiada maklumat lanjut dikongsi mengenainya.
  • Mengenai trenkuasa, beberapa opsyen akan ditawarkan seperti hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik penuh.
  • Beberapa ciri menarik dikhabarkan akan ditawarkan seperti sistem suspensi aktif, cermin sisi, penstriman dan teknologi Huawei AR-HUD.

SUMBER: CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD, Foto Intip, Roda4, Spyshot, trak pikap BYD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my