• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan Kereta Api Malaysia-Singapura, RTS Link Siap 65 Peratus

Laluan Kereta Api Malaysia-Singapura, RTS Link Siap 65 Peratus

January 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMBINAAN Rapid Transit System Link (RTS Link) kini sudah siap 65 peratus pada 31 Disember lalu yang meletakkan projek itu di landasan tepat dengan jangkaan dilengkapkan menjelang akhir 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan penyempurnaan projek bersejarah itu.

Projek berkenaan akan menghubungkan Johor Bahru dan Singapura melalui pertemuan jejambat marin di Stulang.

Dalam majlis itu, Anwar dan Lee turut menandatangani dua plat yang menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk membina RTS Link.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Projek RTS Link ialah jaringan kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira 4km dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura.

Dengan kapasiti hingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, laluan RTS Link yang dijadualkan siap Disember 2026 akan menyediakan perjalanan mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru.

Projek tersebut dijangka membuka lembaran baharu perhubungan dua hala kedua-dua negara selain inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang sedang dibincangkan.

SUMBER: TheStar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Johor Bahru-Singapura, Lee Hsien Loong, Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, RTS Link

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
    JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!
    #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev