• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penjual Kereta Terpakai Rugi RM1.63j Akibat Serangan Anjing

Penjual Kereta Terpakai Rugi RM1.63j Akibat Serangan Anjing

January 10, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEKAWAN anjing liar yang dipercayai menyebabkan kerosakan kenderaan berjumlah AS$350,000 (RM1.63 juta) di satu pusat jualan kereta terpakai di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) sudah ditangkap.

Menurut laporan, dua anjing itu menyerang kenderaan di premis tersebut sepanjang November dan Disember tahun lalu dengan menggigit hingga tercabut keluar bampar depan, dan panel badan, termasuk mencakar badan kereta.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat jualan kereta terpakai G Motors menunjukkan serangan membabitkan sebuah Toyota Corolla.

Pengurus Kewangan G Motors, Imran Haq dalam temu bual ABC News berkata, kerugian ditanggung adalah kira-kira AS$350,000! Kumpulan anjing itu dipercayai menyerang kereta di situ kerana memburu kucing yang menyorok di bawah bonet.

Suspek anjing pertama berwarna coklat, dinamakan Dasher ditangkap petugas kawalan haiwan pada awal Disember lalu, manakala anjing kedua berwarna hitam dijerat pada 31 Disember lalu.

Dasher dilaporkan sihat dan tidak menunjukkan sifat agresif, serta kini ditawarkan kepada penjaga berminat. Anjing kedua pula masih di peringkat penilaian sama ada layak diserahkan kepada penjaga baharu atau sebaliknya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: anjing serang kenderaan, Anjing Serang Kereta, Auto Terkini, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my