• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Pasang 4,650 Panel Solar di Kilang Fukuroi Minami, Rancang Bekal Elektrik Untuk Pejabat Lain

Yamaha Pasang 4,650 Panel Solar di Kilang Fukuroi Minami, Rancang Bekal Elektrik Untuk Pejabat Lain

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

DI ANTARA perkara yang diperdebatkan tentang kenderaan elektrik (EV) ialah sejauh mana kebaikannya pada alam sekitar.

Sebagai contoh, pelepasan karbon semasa proses melombong bahan mentah dan penjanaan tenaga menggunakan batu arang boleh menafikan kebaikan EV.

Di sebalik dua faktor tersebut, sejumlah EV yang berada di satu bandar atau keseluruhan negeri dan negara tidak melepaskan karbon dioksida (ekzos pun tiada!) dan menjadikan kawasan itu bebas asap tercemar.

Contoh mudah, bayangkan anda berhenti di lampu isyarat yang penuh dengan motosikal, lori atau kereta dan tidak menghirup karbon dioksida. Bandingkan pula dengan keadaan semasa.

Bagaimanapun, faktor tersebut bergantung juga kepada jarak loji tenaga yang menggunakan batu arang namun boleh dibincangkan di topik lain.

Menyedari hakikat tersebut, pengeluar kenderaan sekarang ini berusaha dalam mengimbangi di antara pelepasan dan penyerapan karbon atau apa yang dipanggil sebagai neutral karbon.

Di antaranya menggunakan tenaga solar untuk menguasakan kilang. Sebagai contoh, PROTON pada Mac 2022 mempunyai 20,544 panel solar dwimuka di kilang Tanjung Malim.

Dwimuka bermaksud panel tersebut bukan sahaja boleh memanfaatkan pencahayaan dari atas malah dari permukaan jalan dan kereta!

Secara keseluruhannya PROTON mempunyai 28,000 panel solar pada kawasan parkir dan di atas bumbung kilang di Tanjung Malim.

Gabungan tenaga yang dihasilkan ialah 12 megawatt puncak (MWp) dan cukup bagi menampung sehingga 25 peratus daripada penggunaan kuasa kilang itu. Satu sudut yang menarik, PROTON belum pun mempunyai EV.

Yamaha dengan aktiviti utama menghasilkan motosikal mengumumkan penggunaan solar di Kilang Fukuroi Minami, Jepun.

Di dalam bidang EV, Yamaha memiliki beberapa produk seperti EC-05, NEO'S, E01 dan boleh dijejaki sejak 2002 melalui Passol.

Yamaha memaklumkan 2,200 kilowatt (kW) kemudahan penjanaan tenaga solar telah dipasang pada keseluruhan bumbung kilang dan memulakan operasi pada 25 Disember 2023.

Pemasangan terbaru ini melibatkan 4,650 panel solar 475W dan gabungan 288 panel 470W (130kW) yang dipasang pada 2022 menghasilkan 2,330kW dan jumlah terbesar di dalam Kumpulan Yamaha Motor di Jepun.

Tenaga elektrik yang dijana akan digunakan di kilang dan bermula 2025 Yamaha merancang untuk membekalkan lebihan tenaga kepada pejabat lain melalui rangkaian penghantaran dan pengedaran kuasa Chubu Electric Power Power Grid, Inc.

Dengan memanfaatkan lebihan tenaga elektrik, Yamaha dapat meningkatkan lagi pengurangan karbon dioksida dan menyumbang kepada pencegahan pemanasan dunia.

Di bawah Rancangan Alam Sekitar Kumpulan Yamaha Motor 2025, syarikat menyasarkan untuk kesemua rantaian pembekalan termasuk aktiviti perniagaan menjadi neutral karbon menjelang 2050.

Yamaha Fukuroi Minami.01
Yamaha Fukuroi Minami.02
Yamaha Fukuroi Minami.03
Yamaha Fukuroi Minami.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fukuroi Minami Factory, Yamaha, Yamaha Motor, Yamaha Motor Co. Ltd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev