• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ZEEKR 001 FR, EV Berkuasa 1,265 PS, 0 -100 km/j Dalam 2.07 Saat!

ZEEKR 001 FR, EV Berkuasa 1,265 PS, 0 -100 km/j Dalam 2.07 Saat!

July 20, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

KITA sering dikhabarkan bahawa kereta elektrik lebih mesra alam berbanding kereta janaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Entah bagaimana, kereta elektrik juga dikaitkan dengan prestasi dan mampu mengalahkan ketangkasan kereta ICE.

Maknanya pembeli dapat dua dalam satu, kereta bebas emisi dan berprestasi. Satu ciri yang menyebabkan kereta elektrik lebih tangkas ialah kuasa spontan dari motor elektrik. Tekan pedal terus kereta melonjak ke depan.

Bukan semua kereta elektrik begitu namun anda boleh merasainya dari model pertengahan dan ke atas.

Satu contoh yang boleh dilihat ialah ZEEKR 001 FR. Varian terbaru selepas 001 dilancarkan pada April 2021.

Sebelum keluarnya 001 FR, model asal 001 sudah pun berkuasa tinggi dengan varian Performance dan Privilege AWD menghasilkan 400 kW (544 hp) dan tork 686Nm.

ZEEKR 001 FR ditingkatkan lagi kepada 1,265 ps dengan pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 2.07 saat! (rolling start). Sebagai perbandingan, kedua-dua varian teratas 001 memerlukan 3.8 saat.

Selain ketangkasan, ZEEKR 001 FR juga menggunakan perkakasan luar dan dalam yang menjurus kepada pengurangan berat seperti gentian karbon dan turut menyumbang kepada prestasi aerodinamik.

ZEEKR 001 FR menggunakan teknologi torque vectoring untuk menghantar kuasa maksimum kepada setiap roda dan boleh melaras kuasa kepada setiap roda dalam masa milisaat.

Keupayaan itu disumbang oleh rekabentuk pacuan elektrik empat roda, perisian dan teknologi perkakasan yang dihasilkan sendiri secara dalaman.

Kuasa bateri kereta shooting brake ini datangnya dari pek bateri CATL Qilin 100 kilowatt-jam (kWj) yang juga digunakan di dalam model ZEEKR lain.

Dengan teknologi 800V, penambahan tenaga dari 10 sehingga 80 peratus boleh dibuat dalam 15 minit sahaja.

Satu lagi yang canggih, ZEEKR 001 FR merupakan kereta produksi pertama dilengkapi pek komunikasi satelit terbina dalam kenderaan.

Faedahnya, komunikasi boleh terus berlaku walaupun di kawasan terpencil selain tidak terganggu dengan kehilangan sambungan selular.

Penghantaran ZEEKR 001 FR sudah pun bermula pada Oktober 2023 dan pengeluaran dihadkan kepada 99 buah sahaja setiap bulan.

Setiap pelanggan akan diberi sesi latihan untuk membiasakan mereka memandu kenderaan berprestasi tinggi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Zeekr, Zeekr 001, ZEEKR 001 FR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my