• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda WR-V (Elevate) (2024) Tampil Dengan Aksesori Honda Access!

Honda WR-V (Elevate) (2024) Tampil Dengan Aksesori Honda Access!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SERENTAK dengan pengumuman tarikh penjualan Honda WR-V (Elevate) di Jepun, Honda Access turut memaklumkan set aksesorinya juga tersedia pada hari yang sama WR-V diedarkan iaitu 22 Mac 2024.

Kit Honda Access dibuat berdasarkan tema High Quality Toughness yang merangkumi perkakasan luar dan dalam.

Aksesori luar tidak seperti kit agresif untuk membelah angin tetapi menyerlahkan sifat WR-V sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) yang rugged.

Bagaimana mahu tukar rupa yang sudah rugged? Honda Access menggantikan corak jeriji melintang kepada jaluran besar yang menegak. Bingkai jeriji juga lebih tebal.

Tidak cukup, jeriji dan bawah bampar dipasang pendakap dan pelanggan juga boleh memesan riasan pada lampu kabus.

Warna krom dan perak nampak meriah yang juga boleh mengilhamkan pelanggan untuk menggelapkannya (chrome delete).

Bahagian tepi kereta dipasang pendakap dan begitu juga bampar belakang dengan pendakap bawah seperti skid plate dan menampakkan imej seragam dari depan sehingga belakang.

Pada bahagian dalam, Honda Access menawarkan pelapik ambang pintu dengan logo WR-V nyalaan LED. Suluhan WR-V turut terpampang di atas jalan apabila pintu dibuka.

Untuk berkhemah atau aktiviti luar, alas lantai kargo dari resin mudah dibersihkan apabila basah dan pelapik belakang kerusi juga disediakan untuk diletakkan pelbagai barangan.

Honda Access turut menawarkan perkakasan digital seperti sistem navigasi lapan dan sembilan inci, paparan audio lapan inci dan kamera belakang De Anshin Plus 4 dengan sistem yang boleh memberi amaran kepada pemandu.

WR-V ditawarkan dalam tiga varian, X, Z dan Z+ yang masing-masing ditawarkan pada harga 2,098,800 yen (RM68,470), 2,349,600 yen (RM76,640) dan 2,489,300 yen (RM81,190).

Semuanya dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dan transmisi automatik CVT dengan penukar tork serta pacuan roda depan (FWD) yang memberikan output kuasa 116hp @ 6,600rpm dan tork 142Nm @ 4,300rpm.

Dengan penawaran ini, patutkah Honda Malaysia menawarkan WR-V yang lebih besar berbanding WR-V sedia ada? Atau ZR-V?

Di antara WR-V dan HR-V atau HR-V dan CR-V masih terdapat ruang dari segi saiz dan harga yang boleh diisi.

Aksesori Honda Access untuk Honda WR-V 2024 (Jepun):

Luaran

  • Jeriji depan.
  • Logo hitam.
  • Riasan fender.
  • Pendakap bampar depan, sisi dan belakang.
  • Pendakap lampu kabus.
  • Riasan penutup tangki minyak
  • Muncung ekzos krom

Dalaman

  • Kotak sisi ruang kargo.
  • Pelapik lantai kargo.
  • Pelapik bahagian belakang kerusi penumpang.
  • Alas kaki semua musim.
  • Pelapik ambang pintu dengan nyalaan LED.
  • Suluhan logo dari bawah pintu pada permukaan jalan.
  • Nyalaan pada pemegang cawan.
  • Nyalaan pembuka pintu dan poket pintu.
  • Lampu lantai.
  • Lampu pintu but LED.
  • Pedal aluminium.

Digital

  • Sistem navigasi Honda CONNECT 8 inci.
  • Sistem navigasi Honda CONNECT 9 inci.
  • Paparan audio 8 inci.
  • Kamera belakang De Anshin Plus 4.
  • Sistem kamera depan.
  • Set audio JVC Kenwood.
  • Perakam pemanduan.

Honda WR-V 2024 dengan aksesori Honda Access:

Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.01
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.02
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.03
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.04
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.05
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.06
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.07
Honda WR-V 2024 dengan kit Honda Access.08

Honda WR-V 2024:

Honda WR-V 2024 Jepun.01
Honda WR-V 2024 Jepun.02
honda-wr-v-2023-japan-bg
Honda WR-V 2024 Jepun.03
Honda WR-V 2024 Jepun.04
Honda WR-V 2024 Jepun.06
honda-wr-v-2023-japan-1
Honda WR-V 2024 Jepun.07
Honda WR-V 2024 Jepun.08
Honda WR-V 2024 Jepun.09
Honda WR-V 2024 Jepun.10
Honda WR-V 2024 Jepun.11
Honda WR-V 2024 Jepun.12
Honda WR-V 2024 Jepun.13
Honda WR-V 2024 Jepun.14
Honda WR-V 2024 Jepun.15
Honda WR-V 2024 Jepun.16

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda WR-V, Honda WR-V (Elevate)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev