• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lori Masalah Brek Rempuh Lima Kenderaan di Plaza Tol, Dua Penunggang Maut

Lori Masalah Brek Rempuh Lima Kenderaan di Plaza Tol, Dua Penunggang Maut

December 22, 2023 By Fikri 1 Comment

FacebookTwitter


DUA penunggang maut dalam nahas lima kenderaan membabitkan lori, treler, bas dan dua motosikal di Plaza Tol Tanjung Kupang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata;

Nahas berkenaan berlaku sekitar jam 5.50 pagi apabila sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek hingga hilang kawalan sebelum bergesel sebuah treler, bas dan dua motosikal di lorong kiri Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan."

Impak perlanggaran menyebabkan kedua-dua penunggang, berusia 49 dan 54 tahun, yang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, parah di kepala dan badan akibat diseret lori.

Pemandu lori pula mengalami sakit bahagian dada, manakala pemandu treler dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selain itu, semua 29 penumpang bas juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan terpaksa menaiki bas ganti ke Singapura.

Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk dibedah siasat. Kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Johor Bahru, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Kemalangan Plaza Tol Tanjung Kupang

Comments

  1. RPLA says

    December 22, 2023 at 10:06 PM

    Did the injured party receive justice (for example bus passengers whose journey was disrupted)?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev