DUA lelaki maut dan lima cedera, termasuk seorang bayi dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dekat Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, Selangor, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata;
Pihak kami menerima laporan insiden melibatkan kereta jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry itu jam 6.23 pagi.
“Lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.
Mangsa cedera pula ialah seorang bayi, dua kanak-kanak perempuan dan dua lelaki yang dihantar ke hospital sama untuk rawatan susulan.
SUMBER: Bernama
Administrasi Bisnis says
what caused the accident to occur?