TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kerajaan mensasarkan menambah 100 lagi poin pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lebuh raya bertol, terutama di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) menjelang 2025 selepas mengambil kira keperluan pengguna EV yang semakin meningkat.
Beliau berkata, ketika ini terdapat 60 poin pengecasan EV di PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan stesen minyak, seperti di R&R Ayer Keroh arah Utara, R&R Seremban arah Utara dan R&R Paka arah Timur (LPT), dikendalikan operator seperti TNB Electron dan Gentari.
Keperluan menambah poin pengecasan EV adalah antara cabaran baharu dalam lanskap lebuh raya akan datang, selain mewujudkan konsep baharu R&R, lebuh raya pintar dan pencahayaan LED.
SUMBER: Bernama
Leave a Reply