• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo Maksimum RM599 Setiap Musim Perayaan

Harga Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo Maksimum RM599 Setiap Musim Perayaan

December 19, 2023 By Fikri 1 Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan melancarkan subsidi tiket penerbangan untuk mereka yang mahu menaiki pesawat udara dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sempena setiap musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, konsep dilaksanakan itu adalah Kerajaan menetapkan harga tiket penerbangan.

Sebelum ini, biasanya tiga hari sebelum musim perayaan adalah tempoh permintaan paling tinggi (beli tiket).

"Apabila kerusi dalam kapal terbang dah berbaki tidak banyak, mungkin kurang dalam 10 peratus, harga itu akan melambung. Memang betul, ada sampai RM1,000 dan lebih RM1,000 pun ada."

Jadi apa dilakukan Kerajaan adalah meletakkan harga maksimum yang mana rakyat tidak perlu bimbang harga tiket akan melambung tinggi.

Rakyat tak perlu bimbang harga tiket kapal terbang melambung sampai RM1,000 kerana ada harga maksimum RM599.

"Tetapi mungkin lebih murah daripada RM599. Ini kerana siapa beli awal, dia akan dapat dalam RM200 atau RM300, dan sebagainya. Kerusi paling akhir pun harganya hanya RM599," kata Loke.

Menurutnya, pemberian subsidi itu tidak merugikan syarikat penerbangan kerana perbezaan harga antara RM599 dan harga yang sepatutnya dijual syarikat akan ditampung Kerajaan.

Subsidi penerbangan itu berkuat kuasa bermula 16 Disember untuk perayaan Krismas ini. Malah pada 2024, subsidi tersebut akan diteruskan untuk perayaan besar lain seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai serta Deepavali.

SUMBER: Instagram AnthonyLokeSiewFook | FB AnthonyLoke

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Menteri Pengangkutan, subsidi pembelian tiket kapal terbang, Subsidi Tiket Penerbangan Semenanjung ke Borneo

Comments

  1. epilogue epic says

    December 20, 2023 at 4:00 PM

    br je sy cek… pegi balik KL-BKI, 3beranak rm3400 harga tiket sahaja … blum masuk harga seat, insuran & kargo……. klu tambah semua tu dah rm4200…. ni harga tiket yg xlebih dr rm599…..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev