BYD baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mampu milik, BYD Song L 2024 pada harga bermula 220,000 yuan (RM 142,430).
SUV elektrik ini dihasilkan untuk menyaingi Tesla Model Y di pasaran China yang mana pra-tempahan dikatakan meningkat daripada 11,000 unit kepada hampir 30,000 unit.
BYD Song L 2024 didatangkan dalam lima varian berbeza yang menawarkan jarak pemanduan antara 550km dan 662km mengikut piawaian Kitaran Ujian Kenderaan Ringan China (CLTC).
Jualan model tersebut di China dimulakan pada 15 Disember lalu pada harga antara 193,000 yuan (RM125,000) dan 255,000 yuan (RM165,000). Harga debut itu adalah kira-kira 30,000 yuan (RM19,000) lebih murah.
BYD Song L menonjol sebagai antara SUV BYD paling bergaya"
- Menampilkan 'muka naga memburu' dan 'rekabentuk memburu' tersendiri. Profil badan menekankan ciri sporty.
- Dibina berasaskan e-Platform 3.0, yang dikongsi bersama model lain seperti Seal, Dolphin, Atto 3 (Yuan Plus).
- Rekabentuk dalaman menampilkan unit infotainmen apung 15.6 inci, kluster instrumen 10.25 inci, kerusi sport bersepadu 'BYD Heart' baharu dan paparan dongak 50 inci.
Lebih panjang dari Model Y, lebih rendah dari segi ketinggian, dan lebih murah!"
BYD Song L memiliki dimensi panjang 4,840mm (190 inci), lebar 1,950mm (77 inci) dan tinggi 1,560mm (61 inci). SUV ini akan bersaing secara langsung dengan Tesla Model Y (panjang 4,760mm, lebar 1,921mm, dan tinggi 1,624mm).
BYD mensasarkan memanfaatkan pasaran SUV elektrik saiz sederhana yang menjadi segmen utama Tesla.
Versi Jualan Tempatan China
1. Exceed Version (550km)
- Bateri LFP 71.8kWh
- Jarak pemanduan: 550km (CLTC)
- Pacuan roda belakang (RWD); Kuasa 204hp
- Pecutan 0-100kmj: 8.6 saat
- Harga: 220,000 yuan (RM 142,430)
2. Excellence Version (550km)
- Bateri LFP (litium ferrofosfat) 71.8kWh
- Jarak pemanduan: 550km (CLTC)
- RWD; Kuasa 204hp
- Pecutan 0-100kmj: 8.6 saat
- Harga: 240,000 yuan (RM155,380)
3. Exceed Version 662km
- Bateri LFP 87.04kWh
- Jarak pemanduan: 662km (CLTC)
- RWD; Kuasa 313hp
- Pecutan 0-100kmj: 6.9 saat
- Harga: 240,000 yuan (RM155,380)
4. Excellence Version (662km)
- Bateri LFP 87.04kWh
- Jarak pemanduan: 662km (CLTC)
- RWD; Kuasa 313hp
- Pecutan 0-100kmj: 6.9 saat
- Harga: 260,000 yuan (RM168,330)
5. Excellence Version 4WD (602km)
- Bateri LFP 87.04kWh
- Jarak pemanduan 602km (CLTC)
- 4WD; Kuasa 517hp
- Pecutan 0-100kmj: 4.3 saat
- Harga 280,000 yuan (RM181,280)
Tesla dilihatkan lebih menumpukan kepada saingan model Cybertruck. Justeru perlumbaan EV dijangka semakin panas dengan model BYD akan datang seperti Sea Lion 07 dan UP yang bocor, baru baru ini.
SUMBER: Moomoo.com | reddit.com | Twitter Tychode Feijter | reddit.com
Leave a Reply