• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chevrolet Camaro Tamat Pengeluaran dengan Unit Terakhir dalam Transmisi Manual

Chevrolet Camaro Tamat Pengeluaran dengan Unit Terakhir dalam Transmisi Manual

December 18, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


CHEVROLET Camaro akhirnya ditamatkan selepas unit terakhir melangkah dari barisan pengeluaran kilang Lansing, Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 14 Disember lalu yang sempat bertahan dua generasi saja sejak dihidupkan semula.

Unit terakhir Camaro ialah unit ZL1 1LE  yang dipadankan kotak gear manual.

Ketika ini, Chevrolet tidak mengesahkan kehadiran pengganti model tersebut, tetapi dalam pengumuman Mac lalu, pengeluar itu mendedahkan;

Ini bukan penamat kisah Camaro."

Chevrolet Camaro muncul kali pertama pada 1967 sebagai seteru kepada Ford Mustang, dan sempat bertahan empat generasi sebelum pengeluaran ditamatkan pada 2002. Antara sebab generasi keempat Camaro ditamatkan pengeluaran adalah faktor jualan lemah, dan pasaran sports coupe yang semakin mengecil.

Camaro kemudian dihidupkan semula pada 2009 dengan membawakan rekabentuk  dan platform serba baharu yang berjaya menjuarai carta jualan kereta sport Amerika selama beberapa tahun.

Bagaimanapun, kejayaan sama nampaknya sukar dicapai kembali model generasi keenam yang diperkenalkan pada 2016.

Buktinya, rekod setakat penggal ketiga tahun ini, Chevrolet hanya menjual 24,688 unit Camaro, jauh lebih rendah berbanding jualan tahun pertama 2016 (72,705 unit).

Apakah nasib kuda jalanan Chevrolet ini? Adakah model ini mampu mengekalkan resepi sebagai kereta sport dalam era kenderaan elektrik (EV) nanti? Atau bakal dijelmakan sebagai crossover elektrik prestasi tinggi?

SUMBER: Road&Track |Motor1.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chevrolet, Chevrolet Camaro, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my