• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isteri Suspek Datang Minta Maaf di Lokasi Kemalangan, Mengaku Suami Panas Baran

Isteri Suspek Datang Minta Maaf di Lokasi Kemalangan, Mengaku Suami Panas Baran

December 17, 2023 By Han Othman Leave a Comment

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAPA kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati yang maut dilanggar dalam insiden di Meru, Ipoh, kelmarin, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, mengaku didatangi isteri kepada suspek pemandu yang melanggar anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di lokasi kejadian.

Menurut Muhd Zamrie, isterinya itu datang memohon maaf atas kemalangan menimpa Muhammad Zaharif sambil mengakui suaminya itu seorang yang panas baran.

Isteri dia datang jumpa saya dia kata, "Pak cik, saya minta maaf. Itu suami saya... Dia memang ada panas baran, dia tak boleh dengar 'rem' (memulas pendikit) motosikal," katanya dipetik HarianMetro.

Muhd Zamrie berkata demikian di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang datang melakukan menziarahi kediamannya di Tamah Chepor Sentosa, di Ipoh, petang semalam.

Menurutnya, isteri suspek juga adalah tenaga pengajar di SMK Jati.

Anak saya bukan penjenayah, dia pelajar sekolah. Adakah atas alasan motosikal bising membolehkan dia dilanggar sampai mati, sedangkan masalah motosikal bising itu boleh diselesaikan secara melalui saman," katanya.

Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, Muhd Zamrie berulang kali menyatakan harapan keluarganya yang mahukan siasatan dijalankan secara terperinci.

Saya kehilangan anak sama ada menang atau kalah, anak saya tak kembali. Tapi saya tak mahu kejadian ini terjadi pada anak orang lain.

"Hendak kata anak saya 'merempit', masa kejadian itu ramai orang dan sesak di situ (aliran trafik tinggi) apatah lagi waktu itu mendekati waktu solat Jumaat dan masa itu juga ibu bapa mahu mengambil anak dari sekolah.

"Masa itu pun anak saya sudah berhentikan motosikal, mungkin dia hendak minta maaf waktu itu selepas tidak larat hendak pusing (memecut motosikal) lagi, namun engkau (pelaku) pergi melanggarnya juga kemudian gelar anak saya 'budak rempit'.

"Kalau kata dia (pelaku) tak kena (hukuman setimpal), saya menyesal tak sudah jadi ayah. (sedangkan) saya nampak depan mata yang anak merintih sebegitu," katanya.

SUMBER: HMetro

Related

17
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, kemalangan maut, Ketua Polis Perak, Muhammad Zharif Affendi Muhd Zamrie, Muhd Zamrie Zainal Abidin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my