• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Negara Asean Pertama Pasang Honda e:N1, Lancar Tahun Depan

Thailand Negara Asean Pertama Pasang Honda e:N1, Lancar Tahun Depan

December 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN elektrik (EV) Honda siri e:N sudah dijual di beberapa negara selepas pengeluar Jepun itu membentangkan strategi elektrifikasi di China pada 2021. Turut dipamerkan dua model EV penuh dan tiga lagi model konsep.

Berdasarkan laporan, Honda sudah memulakan penghasilkan EV di Thailand dengan aktiviti pembuatan sudah bermula di kilang Prachinburi, timur Bangkok. Ini bermakna, Thailand bakal menjadi negara pertama menerima model EV Honda di Asean.

Honda e:N membawa maksud:

  • e: Energized dan Electric
  • N: New dan Next

Siri model e:N dikenali sebagai Honda e:NS1 atau e:NY1 yang mana model crossover subkompak itu dibangunkan mengikut varian petrol Honda HR-V, dan XR-V atau Vezel.

Cuma di Thailand, nama EV penuh Honda ialah e:N1 dan akan diperkenalkan tahun depan. Ini kerana Honda Thailand mahu menumpukan kepada persiapan pemasangan model tersebut selain cuba berunding dengan Kerajaan di situ supaya harga lebih munasabah.

Timbul persoalan, mampukah 'HR-V' versi elektrik itu mencabar pesaing dari China seperti BYD Atto 3 yang sudah mengukuhkan kedudukan dalam segmen EV di Thailand dan Malaysia?

TRENKUASA

  • Sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Dijana motor elektri tunggal berkuasa 150kW (204hp) dan tork 310Nm.
  • Menggunakan pek bateri litium-ion 68.8kWh yang dipasang pada lantai kabin.
  • Kelajuan maksimum 160kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.7 saat.
  • Ada tiga mod pandu: ECON, Normal dan Sport.
  • Jarak pemanduan lebih 500km mengikut ujian kitaran pemanduan kenderaan baharu (NEDC), atau 412km, ujian kitaran kenderaan ringan sedunia (WLTP).

PENGECASAN

  • Menyokong pengecasan AC Type 2 hingga 11kW, dan pengecasan pantas DC CCS2 hingga 78kW.
  • Pengecas AC mengambil masa enam jam untuk kapasiti 0-100 peratus.
  • Pengecas DC pula memerlukan 45 minit untuk mengecas 10-80 peratus.

REKABENTUK

  • Sebahagian besar rekabentuk luaran dan dalaman e:N1 adalah mirip HR-V.
  • Perbezaannya, e:N1 menerima beberapa sentuhan kosmetik seperti gril depan jenis tertutup, dan port mengecas di belakang gril depan.
  • Lampu belakang bersambung dari kiri ke kanan. Lampu signal belok LED.
  • Tiada lencana H di belakang, tetapi digantikan teks 'HONDA'.
  • Rekaan rim aloi baharu yang nampak lebih menarik.
  • Ada lima warna pilihan: Platinum White (putih), Crystal Black (hitam), Urban Grey (kelabu), Vermilion Red (merah) dan Aqua Topaz (biru).
  • Dimensi panjang 4,387mm, lebar 1,790mm, tinggi 1,584mm dan jarak roda 2,607mm, manakala berat kasar 1,756kg.
  • Tempat duduk depan boleh laras elektrik 8-tetapan.
  • Kerusi dibalut material kulit tiruan (leatherette).
  • Rekaan kabin ringkas, tetapi menarik.
  • Kluster instrumen digital TFT berwarna 10.25 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 15.1 inci dengan tiga kluster skrin:
    • Atas: Sistem navigasi dan kamera 360º
    • Tengah: Sistem audio yang menyokong sambungan wayarles Apple CarPlay dan Android Auto, serta beberapa tetapan bantuan pemanduan.
    • Bawah: Kawalan penyaman udara
  • Dua skema warna kabin, sama ada hitam atau hitam-kelabu cerah.
  • Ada pengecas wayarles.
  • Dilengkapi sistem konektiviti Honda CONNECT yang membolehkan kenderaan dikunci, dibuka, enjin dihidupkan atau kawalan pengecasan ketika di rumah atau di stesen cas awam.
  • Boleh mengaktifkan penyaman udara menggunakan aplikasi mudah alih My Honda+ sebelum masuk kenderaan.
  • Pintu but belakang menggunakan absorber elektrik dan boleh buka-tutup dengan menekan butang.
  • Ruang kargo belakang 344 liter boleh dipertingkat kepada 1,136 liter.
  • Ada kit baiki tayar.

SUMBER: HeadlightMag

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda e:N1, Honda Thailand, Kenderaan Elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my