JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah membuat hebahan notis panggil balik ke atas lebih 8,250 unit kenderaan membabitkan lima jemana.
Sebenarnya, itu ialah siri panggil balik keempat setakat tahun ini dengan kali pertama pada April lalu, dan disusuli pengumuman pada Ogos dan September lalu.
NASIHAT JPJ KEPADA PEMILIK TERJEJAS
Malah JPJ juga menjelaskan panjang lebar kenapa agensi Kerajaan itu tampil membantu pengeluar dan juga pengguna yang terkesan akibat kempen recall.
Malah, masih ada pengguna atau pemilik kenderaan belum sedar mengenai kepentingan panggil balik. Justeru JPJ dalam perkongsian di Facebook menasihatkan;
Sebagai pemilik kenderaan pula hendaklah sentiasa peka dan memberikan kerjasama penuh apabila menerima notis makluman ini (panggilan balik) dengan menghubungi rangkaian pusat servis atau wakil pengedar yang ditetapkan untuk membuat temu janji dan mematuhi jadual giliran yang disusun pusat servis tersebut.
"Pemilik kenderaan juga tidak perlu risau kerana kos penukaran alat ganti adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya pihak pengeluar kenderaan.
"Pemilik kenderaan hanya perlu meluangkan masa menghantar kenderaan ke pusat servis ditetapkan. Alasan kekurangan masa perlu juga diketepikan apabila melibatkan keselamatan pemandu dan penumpang dalam kenderaan sendiri.
"Pihak pengeluar kenderaan sudah melaksanakan tugas mereka untuk memaklumkan dan mereka bersedia menanggung sepenuhnya kos penukaran alat ganti.
"Kini, terpulang kepada pemilik kenderaan untuk melaksanakan peranan dalam menegakkan hak sebagai pengguna. Jangan jadikan diri anda dan keluarga sebagai mangsa kemalangan jalan raya akibat kecuaian diri sendiri."
BACA >>> JPJ Panggil Balik Sportbike Honda CBR600RR
BACA >>> JPJ Umum Panggil Balik Lebih 2,400 Motosikal Jenama Yamaha, Honda
Leave a Reply