• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Beranak Maut, Alza Terbabas Dirempuh Treler di Lipis

Tiga Beranak Maut, Alza Terbabas Dirempuh Treler di Lipis

December 15, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PERJALANAN pulang tiga beranak ke rumah bertukar tragedi apabila ketiga-tiganya maut selepas kenderaan pelbagainguna jenis Perodua Alza dinaiki terbabit kemalangan di KM17, Jalan Lipis-Benta, Pahang, awal pagi tadi.

Mangsa terkorban ialah Nor Faizah Ridzuan, 34, beralamat Berek Polis Kok Lanas, Kelantan dan anak kandungnya, Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman, 10, dan anak angkatnya, Muhammad Hafiy Azman Abdullah, 3.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata , insiden melibatkan Alza dan sebuah treler pengangkutan kenderaan jenis Volvo.

Berdasarkan siasatan awal dan keterangan saksi bebas,  kemalangan kira-kira jam 2.25 pagi itu dipercayai berlaku ketika kereta dipandu Nor Faizah dari Kuala Lumpur menghala Kelantan.

Apabila sampai di lokasi kejadian, ketika melalui selekoh, tiba-tiba MPV itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan dirempuh treler terbabit.

"Seterusnya, MPV itu diseret treler yang tidak membawa muatan itu dan merempuh besi pengadang jalan."

alza-langgar-treler-lipis-pahang-1
alza-langgar-treler-lipis-pahang-2
alza-langgar-treler-lipis-pahang-3

Azli berkata lagi, pemandu Alza parah parah di bahagian kepala dan dada, manakala dua penumpang belakang parah di kepala dan masing-masing disahkan meninggal di tempat kejadian.

Pemandu treler berusia 48 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suami mangsa ialah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya.

"Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan bedah siasat dijalankan selepas ujian swab Covid-19 diperoleh," kata Azli.

Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian|Awani | FBBalaiBombaKualaLipis

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Alza Kuala Lipis, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Perodua Alza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev