HONDA Malaysia hari ini rasmi melancarkan Honda CR-V (2023) serba baharu untuk pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM159,900.
Ada empat varian diperkenalkan pada harga seperti berikut:
- V - RM181,900
- E - RM169,900
- S - RM159,900
- RS - Harga diumumkan awal 2024
PILIHAN WARNA
Ada lima warna ditawarkan, iaitu Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak), Canyon River Blue Metallic (biru) dan Platinum White Pearl (putih).
TRENKUASA CANGGIH
Varian S, E atau V didatangkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo (foto atas kiri) dengan output kuasa 191hp (193ps) dan tork 243Nm.
Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C ini didatangkan dengan sistem transmisi automatik CVT canggih yang mampu mengoptimum respons pecutan, penjimatan minyak dan juga lebih senyap. Varian V didatangkan eksklusif dengan sistem pacuan semua roda masa nyata (Real Time AWD) yang mana agihan kuasa antara depan dan belakang ditambah baik untuk pemanduan lebih stabil.
Dilengkaspi tiga mod pemanduan: Eco, Normal dan Sport.
Memiliki kapasiti tangki petrol 57 liter. Bahagian roda menggunakan dua saiz, iaitu rim aloi 17 inci untuk varian S, dan rim 18 inci, E dan V (foto atas kanan).
Menariknya, model kali ini dilengkapi lapan beg udara termasuk dua beg udara bahagian lutut. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Honda CONNECT sebagai ciri standard semua varian.
Juga tidak dilupakan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), Honda SENSING dinaik taraf dengan radar sudut lebar, kamera dan sensor sonar.
Aspek keselamatan dalam teknologi bantuan pemandu termaju Honda SENSING dipertingkat dengan ciri Lampu Pandu Adaptif (ADB) dengan sembilan fungsi keselamatan disediakan selain ciri asas seperti kamera Honda LaneWatch (LWC) dan sistem kamera multi-sudut 360.
Rekabentuk kemas dan horizontal ruang dalaman Honda CR-V (2023) menggabungkan gaya classy dan kontemporari, dan pada masa sama menawarkan ruang kabin lapang dan selesa.
Kerusi material kulit untuk varian E ke atas memberikan fiil premium. Melengkapkan semua elemen mewah itu ialah kerusi pemandu elektrik 8-tetapan dengan fungsi memori.
Ruang kaki 16mm lebih lebar berbanding model terdahulu yang didatangkan dengan kerusi boleh laras 8-tetapan untuk penumpang belakang.
Leave a Reply