• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hilux Bertembung Iswara di Kota Kinabalu, Tiga Maut Termasuk Wanita Hamil, Bayi 5 Bulan

Hilux Bertembung Iswara di Kota Kinabalu, Tiga Maut Termasuk Wanita Hamil, Bayi 5 Bulan

December 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG wanita hamil maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan dekat Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Insiden itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Toyota Hilux dan sedan Proton Iswara.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan jam 3.58 pagi melalui talian MERS999 dan menggerakkan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ke lokasi kemalangan.

Komander Operasi, PBK II Selvister Yamud berkata, kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan bertembung. Kenyataan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjelaskan;

Terdapat tiga orang mangsa yang berada dalam kereta Proton Iswara, iaitu dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa dengan kesemuanya mengalami kecederaan parah.

"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas."

Mangsa wanita terlibat dipercayai hamil disahkan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  meninggal dunia di lokasi kejadian, dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dua mangsa secera dihantar ke hospital menaiki jentera Unit EMRS dan ambulans KKM untuk rawatan lanjut. Sementara itu, pemandu Hilux, lelaki berumur 33 tahun dilaporkan selamat dan cuma cedera ringan.

Portal Sabah.Kupikupifm melaporkan, mangsa wanita hamil ialah Asmidah Junaidi yang duduk di kerusi penumpang depan, manakala dua mangsa lagi ialah anak dan anak saudara lelakinya berusia 5 bulan. Kedua-duanya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Menurut polis pula, Iswara tersebut dinaiki sembilan penumpang, termasuk dua bayi kembar, dan tiga kanak-kanak. Mangsa lain turut parah dan kini dirawat di HQEII.

Polis mendakwa pemandu Hilux gagal mengawal kenderaan dan memandu secara berbahaya. Spesimen darah turut diambil untuk analisis kandungan alkohol.

SUMBER: Sabah.kupikupifm | JBPM Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asmidah Junaidi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kemalangan maut, Kemalangan Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Proton Iswara, Selvister Yamud, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my