• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 37k Saman Trafik Langsai dalam Dua Hari Program Setahun Kerajaan MADANI

Lebih 37k Saman Trafik Langsai dalam Dua Hari Program Setahun Kerajaan MADANI

December 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROGRAM Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan seramai 12,300 pesalah trafik menjelaskan 37,242 saman dalam tempoh dua hari.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, bayaran saman itu dibuat menerusi 14 kaunter bayaran saman, termasuk baucar yang dijelaskan melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM.

Beliau berkata;

Rekod penyelesaian saman sebanyak 87.4 peratus (tidak termasuk penyelesaian saman di kaunter).

"Seramai 39 petugas diaturkan dan turut menyediakan kaunter khas bagi warga emas serta orang kekurangan upaya (OKU)."

Beliau berkata, waktu operasi kaunter bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, dan dilanjutkan hingga jam 9 malam bagi memberi ruang kepada masyarakat untuk berurusan.

Menurutnya, kempen pengurangan kompaun saman hingga 50 peratus itu menerima sambutan menggalakkan. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak hanya menunggu tawaran diskaun untuk menjelaskan saman tertunggak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bayar saman trafik, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri, Malaysia Madani, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Saman Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my