• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Bezza Dikejar 28 Peronda Polis Dijel Sebulan, Denda RM10k!

Pemandu Bezza Dikejar 28 Peronda Polis Dijel Sebulan, Denda RM10k!

December 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMANDU Perodua Bezza yang dikejar 28 kereta peronda polis (MPV) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Tertuduh, B Anbarasan, 27, ialah bapa kepada seorang anak dan bekerja sebagai pemandu lori. Dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibaca di depan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapa.

PERTUDUHAN PERTAMA

  • Tertuduh didakwa memandu Bezza secara melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lain di Jalan Utara di Petaling Jaya, Selangor pada jam 1.30 pagi 5 Disember 2023.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM5,000 dan RM15,000, jika sabit kesalahan.
  • Tertuduh dihukum penjara sebulan dan denda RM5,000 serta hilang kelayakan memandu lima tahun.
  • Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh jatuh hukum (Jumaat).

PERTUDUHAN KEDUA

  • Tertuduh didakwa menghalang penjawat awam, iaitu anggota polis Koperal Mohd Faizul Sulong daripada menjalankan tugasnya di lokasi, tarikh dan masa sama.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000, atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
  • Tertuduh didenda jumlah sama, iaitu RM5,000.

JIKA GAGAL BAYAR DENDA

  • Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tersebut bermula hari ini (Jumaat). Jika tertuduh gagal membayar kedua-dua denda itu (RM10,000), dia boleh dipenjara lapan bulan.
  • Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

CERITA DI MAHKAMAH SESYEN

Dalam satu prosiding berlainan di Mahkamah Sesyen, Anbarasan dan isterinya, M Rishalani, 21, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki senjata berbahaya, iaitu sebilah pisau.

Mereka berdua membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Anbarasan dan Rishalani didapati memiliki mereka senjata berbahaya di tempat awam, iaitu sebilah pisau berwarna hitam tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.

Kesalahan itu dibuat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Faiz membenarkan Anbarasan dan Rishalani diikat jamin, masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin, dan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan. Sebutan kes ditetapkan pada 16 Januari 2024.

Pendakwaan dibuat Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Khailash Sharma.

SUMBER: Sinar Harian | Utusan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Perodua Bezza, Polis Kejar Pemandu Bezza, The Fast and The Furious

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my