• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima

Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima

December 8, 2023 By Sharil Leave a Comment

643
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kereta nasional, Proton komited dalam memberikan servis selepas jualan terbaik di Malaysia buat pelanggan menerusi inisiatif Kecemerlangan Operasi Proton (Proton Operational Excellence, POE).

Timbalan Ketua Pengarah Proton, Roslan Abdullah berkata, bagi setiap aduan ketidakpuasan diterima dari pelanggan terhadap mana-mana Pusat 3S atau 4S Proton, saman RM1,000 akan dikenakan terhadap pusat tersebut.

Bagaimanapun, pihak ibu pejabat akan terlebih dahulu menyiasat sebelum sebarang tindakan diambil.

Menurut sumber kami pula, Pusat Servis juga akan diberikan surat amaran bagi setiap aduan diterima. Malah ada pusat servis di Pulau Pinang dilucutkan daripada menjadi pusat servis rasmi Proton kerana gagal mencapai KPI ditetapkan.

Sebaliknya, bagi mana-mana Pusat 3S/4S Proton yang berjaya mencapai KPI dengan cemerlang pula akan diberikan ganjaran dalam bentuk tidak disebutkan.

Inisiatif POE menumpukan kepada enam bidang, iaitu:

  • Prestasi: Pengambilan perkhidmatan servis
  • Proses Servis: Kepuasan pelanggan
  • Pengurusan Alat Ganti: Simpanan stok
  • Pengurusan Pelanggan: Kadar janji temu
  • Tenaga Kerja: Juruteknik mahir

Inisiatif itu bermula dengan 13 cawangan perintis, dan akan diperluas kepada 155 cawangan Proton 3S dan 4S  bagi membina rangkaian servis selepas jualan menyeluruh.

Roslan berkata, Proton ketika ini mempunyai lima gudang penyimpanan alat ganti, iaitu dua di ibu pejabat Glenmarie (Shah Alam), XinHwa (Batu Tiga, Shah Alam), Kuching (Bintawa) dan Kota Kinabalu (Kelombong).

Mengenai kualiti Pusat Servis, Proton mahu memastikan prestasi yang efisien dalam menyediakan ruang servis pantas, pekerja dan juruteknik mahir serta menyediakan servis dengan peralatan teknologi maju seperti kalibrasi sistem bantuan pemandu aktif (ADAS Calibration).

Selain itu, aspek hospitaliti dan keselesaan, serta kemudahan juga ditawarkan dalam usaha menjadi hab bagi proses servis kereta, tayar, ketuk dan cat (body & paint) serta proses jualan kereta terpakai.

Walaupun sedar perjalanan masih jauh untuk menjadi pengeluar kereta dengan servis selepas jualan nombor satu di Malaysia, namun Proton komited untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan melalui inisiatif Proton Operational Excellence.

BACA >>> 900 Unit Proton S70 Ditempah dalam Seminggu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Proton S70 (2024) yang Perlu Anda Tahu

Proton Operational Excellence (POE)-1
Proton Operational Excellence (POE)-2
Proton Operational Excellence (POE)-3
Proton Operational Excellence (POE)-4
Proton Operational Excellence (POE)-5
Proton Operational Excellence (POE)-6
Proton Operational Excellence (POE)-7
Proton Operational Excellence (POE)-8
Proton Operational Excellence (POE)-9
Proton Operational Excellence (POE)-12
Proton Operational Excellence (POE)-13
Proton Operational Excellence (POE)-14
Proton Operational Excellence (POE)-15

 

Related

643
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Proton, Proton Operational Excellence, Pusat 3S Proton, Roslan Abdullah, servis selepas jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev