• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bekas Pekerja IT Dijel 16 Tahun Sebabkan Kematian Pengurus Bank dalam Kemalangan 2019

Bekas Pekerja IT Dijel 16 Tahun Sebabkan Kematian Pengurus Bank dalam Kemalangan 2019

December 7, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


BEKAS pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang didapati bersalah dan dihukum penjara 16 tahun kerana menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam insiden kemalangan jalan raya, empat tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Julia Ibrahim di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Julia berkata, beban membuktikan hak mempertahankan diri daripada ancaman kecederaan terletak kepada tertuduh mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950.

Namun, tertuduh gagal membuktikan ada ancaman kecederaan terhadap dirinya dan isteri. Hak mempertahankan harta itu juga tidak sepatutnya dilanjutkan hingga menyebabkan kematian mangsa.  Malah, pihak pendakwaan turut membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi kesalahan dilakukan.

Pada 22 Ogos 2019, Wei Liang, 45, didakwa membunuh Syed Muhammad Danial, 29, di Lebuhraya Utara Selatan pada 10 Ogos tahun sama, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Kejadian membabitkan tertuduh dan mangsa tular di media sosial dan dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, Yew Wei Liang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my