• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Coupe Elektrik smart #3 Masuk UK Awal 2024, Harga Mula RM193k

SUV Coupe Elektrik smart #3 Masuk UK Awal 2024, Harga Mula RM193k

December 26, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SMART #1
sudahpun dilancarkan di pasaran tempatan, tetapi peringkat antarabangsa ada satu lagi model, iaitu smart #3 dalam saiz lebih besar.

Di Britain, jualan smart #3 bermula awal 2024 dengan varian dan harga diumumkan terlebih dahulu. Dari segi rekabentuk, smart #3 ibarat abang kepada smart #1 dengan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV) coupé yang membawa muncung jerung dan lampu depan LED langsing.

smart #3 juga direka untuk keseronokan pemanduan dengan ciri aerodinamik dan prestasi ditambah baik. Kadar kekenyalan spring dioptimum dan tetapan absorber diubah suai untuk memberikan fiil lebih sporty dalam pelbagai julat kelajuan.

Pusat graviti (CoG) lebih rendah dan bar stabiliser lebih tegar di depan dan belakang meminimumkan olengan badan di selekoh. Posisi kerusi lebih rendah memberikan hubungan lebih langsung antara pemandu dan kereta.

Dari segi praktikaliti, ruang but mempunyai muatan 370 liter atau hingga 1,160 liter apabila kerusi dilipat. Bumbung panoramik menceriakan lagi suasana dan menimbulkan efek luas.

Sistem infotainment dipaparkan menerui skrin definisi tinggi (HD) 12.8 inci yang turut boleh dihubungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Sistem bantuan pemanduan smart Pilot Assist merangkumi Bantuan Lebuh Raya (HWA), Bantuan Parkir Automatikk (APA) dan sebagainya.

Pelanggan di Britain boleh memesan varian seperti Pro+, edisi terhad 25th Anniversary Edition (foto atas), termasuk versi mewah Premium (foto bawah), atau memilih unit BRABUS untuk versi prestasi.

Kuasa ditawarkan dari 200kW hingga 315kW dan pecutan dari 5.8 saat hingga 3.7 saat manakala jarak pemanduan dari 415km hingga 455km.

Pelanggan yang mahukan varian aras mula boleh dapatkan smart #3 Pro berkuasa 200kW dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat. Varian ini boleh dipandu sejauh 325km.

Harga smart #3 Pasaran Britain

  • smart #3 Pro: £32,950 (RM193,650)
  • smart #3 Pro+: £36,950 (RM217,160)
  • smart #3 Premium: £39,950 (RM234,790)
  • smart #3 25th Anniversary Edition: £40,950 (RM240,710)
  • smart #3 BRABUS: £45,450 (RM267,160)
smart #3 BRABUS
smart #3 BRABUS 2023.01
smart #3 BRABUS 2023.02
smart #3 BRABUS 2023.03
smart #3 BRABUS 2023.04
smart #3 BRABUS 2023.05
smart #3 BRABUS 2023.06
smart #3 BRABUS 2023.07
smart #3 25th Anniversary Edition
smart #3 25th Anniversary Edition 2023.01
smart #3 25th Anniversary Edition 2023.02
smart #3 25th Anniversary Edition 2023.03
smart #3 Premium
smart #3 Premium 2023.01
smart #3 Premium 2023.02
smart #3 Premium 2023.03
smart #3 Premium 2023.04
smart #3 Premium 2023.05
smart #3 Premium 2023.06
smart #3 Premium 2023.07
smart #3 Pro
smart #3 Pro 2023.01

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, SMART, smart #3, smart #3 25th Anniversary Edition, smart #3 BRABUS, smart #3 Premium, smart #3 Pro, SUV Elektrik, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini
    PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev