• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Aksi Pemandu Bezza Dikejar 28 Peronda Polis Hingga Cyberjaya

Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Aksi Pemandu Bezza Dikejar 28 Peronda Polis Hingga Cyberjaya

December 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


AKSI dramatik 28 kereta peronda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejar sebuah Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga Cyberjaya menjadi topik perbualan hangat dan pertanyaan netizen di media sosial.

Laporan awal mendakwa pemandu Bezza itu cuba melarikan diri. Bagaimanapun, kenyataan terbaharu dikongsi Facebook Polis Daerah Petaling Jaya menceritakan insiden yang berlaku, dan sebab Bezza tersebut dikejar polis, termasuk menyiarkan beberapa foto selepas insiden.

APA YANG BERLAKU?

Bezza Lari Pemeriksaan
  • Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat kereta jenis Perodua Bezza lari dari pemeriksaan polis (SJR) ketika berada di bahu jalan di Jalan Utara, Petaling Jaya.
  • Laporan itu dibuat anggota polis peronda kira-kira jam 1.42 pagi, semalam (5 Disember).
  • Bezza itu dilaporkan memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam, Selangor.
Anggota Polis Kena Rempuh

  • Anggota unit rondaan motosikal polis cuba menahan Bezza di Jalan PJS 6/1 Sungei Way (Petaling Jaya), tetapi dirempuh suspek hingga menyebabkan kecederaan.
  • Hebahan bantuan dibuat dan beberapa kereta peronda polis dari IPD Sepang, Serdang dan Subang Jaya tampil membantu.
  • Bantuan juga diterima dari anggota cawangan D4 IPD Petaling Jaya untuk membantu mengejar suspek.
Kejar 50km Hingga Cyberjaya
  • Kumpulan kereta peronda polis mengejar Bezza dengan jarak kira-kira 50km melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Pantai Baharu (NPE).
  • Bezza dipandu suspek dihalang di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya di Sepang, Selangor.

PEMERIKSAAN POLIS

  • Pemeriksaan polis mendapati seorang lelaki dan seorang wanita duduk di kerusi penumpang depan, dan kedua-suspek ialah warga tempatan.
  • Turut ditemui sebilah pisau, sebilah gunting, satu set sarung tangan, satu helmet, satu kad pengenalan individu lain, dan empat kad debit.
SEMAKAN REKOD
  • Pemandu didapati memiliki 11 rekod lampau, iaitu enam kesalahan jenayah, empat kesalahan berkaitan dadah dan satu rekod masih dikehendaki berhubung kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.
  • Penumpang pula tiada rekod jenayah lampau.
REMAN MAHKAMAH
  • Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
  • Mahkamah membenarkan reman empat hari di bawah Seksyen 17 Kanun Prosedur Jenayah.

SIASAT BAWAH SEKSYEN

Kes pemandu dan penumpang Bezza iru disiasat di bawah:

  • Seksyen 186 Kanun Keseksaan
  • Seksyen 279 Kanun Keseksaan
  • Seksyen 353 Kanun Keseksaan
  • Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955

Kes juga dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di bawah:

  • Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu melulu dan berbahaya hingga menganggu pengguna jalan raya lain.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aksi Kejar Bezza Cyberjaya, Auto Terkini, Perodua Bezza, Polis Cyberjaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Petaling Jaya, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev