• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 14 Maut Bas Persiaran Terbelah Dua Langgar Pokok, 35 Cedera

14 Maut Bas Persiaran Terbelah Dua Langgar Pokok, 35 Cedera

December 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH bas persiaran dua tingkat terbabas keluar jalan dan merempuh sebatang pokok di selatan Thailand hingga menyebabkan 14 orang terkorban dan 35 lagi cedera.

Menurut laporan, insiden berlaku malam semalam ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bangkok ke selatan Thailand.

BREAKING: Fourteen passengers were killed and 35 injured when a passenger bus from Bangkok to Songkhla province's Na Thawi district rammed into a tree at 1am Tues in Prachuab Kiri Khan province. The cause of the accident is still unknown. #Thailand #WhatsHappeningInThailand pic.twitter.com/N2D3bhGy86

— Khaosod English (@KhaosodEnglish) December 5, 2023

Foto kemalangan dikongsi media Thailand dan antarabangsa menunjukkan impak perlanggaran itu menyebabkan bas tersebut terbelah dua dari arah depan.

MAKLUMAT KEMALANGAN

  • Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat dengan nombor pendaftaran 14-3301.
  • Bas dalam perjalanan dari Bangkok-Na Thawi.
  • Seramai 14 orang maut dan 35 lagi cedera.
  • Pemandu bas dilaporkan selamat tetapi parah.

KRONOLOGI

  • Bas persiaran merempuh pokok menyebabkan kenderaan itu terbelah dua di Huai Yang, Thap Sakae dekat pintu masuk Taman Negara Wanakorn.
  • Laporan awal menyatakan bas itu membawa tiga pekerja dan 46 penumpang dari Bangkok ke Na Thawi (Songkhla).
  • Bas tersebut berhenti untuk berehat dan makan di restoran Suphap Chon di Sam Roi Yot sebelum menyambung perjalanan.
  • Apabila tiba di pintu masuk Taman Negara Wanakorn, bas terbabas dan merempuh pokok.
  • Timbalan Pegawai Penyiasat Balai Polis Huai Yang, Anant Totuang menerima laporan kemalangan dan turun ke lokasi kira-kira jam 1 pagi.
  • Anant dibantu pasukan perubatan dari Hospital Thap Sakae, Hospital Prachuap Khiri Khan dan beberapa sukarelawan penyelamat tempatan.
  • Bas ditemui di tepi Jalan Phetkasem dengan bahagian depan bas melekat pada pokok yang menyebabkan terbelah dua.
  • Sejumlah penumpang terbunuh dengan ramai lagi parah dan terperangkap dalam bas.
  • Anggota penyelamat membawa keluar mangsa cedera, memberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Thap Sakae dan Hospital Prachuap Khiri Khan.
  • Kebanyakan mangsa ialah warga Thailand, manakala sebilangan penumpang warga Burma.

PUNCA KEMALANGAN

  • Polis masih menyiasat punca kejadian kemalangan dan akan mengambil tindakan undang-undang.
  • Polis mengesyaki pemandu bas mungkin tidak cukup tidur.
  • Polis turut meminta bantuan pihak hospital memeriksa kandungan alkohol dalam darah pemandu bas.

Thai bus accident kills more than a dozen.

The accident occurred in the country's western coastal province of #Prachuap Khiri Khan at half past midnight.#Thailand #BusAccident pic.twitter.com/W8lYbsrQ88

— Chaudhary Parvez (@ChaudharyParvez) December 5, 2023

SUMBER: Sanook | News Lens | Thaiger 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anant Totuang, Auto Global, Auto Terkini, Bas Terbabas Langgar Pokok, Kemalangan Bas, kemalangan jalan raya, Kemalangan Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my