• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Levorg Layback 2024 yang Lebih Tinggi daripada Biasa, Harga RM127k!

Subaru Levorg Layback 2024 yang Lebih Tinggi daripada Biasa, Harga RM127k!

December 26, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUKAH anda? Jarak kelegaan bumi Perodua Alza adalah lebih rendah berbanding kembarnya di Indonesia. Tidak perlu ke Negara Seberang, contoh terdekat dapat dilihat pada Toyota Veloz.

Apa dibuat Perodua sebenarnya lain daripada lain kerana kereta yang direndahkan biasanya dibuat untuk model prestasi atau sporty. Bagaimanapun, perbezaan tersebut boleh difahami kerana Alza ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) profil rendah sejak generasi pertama lagi.

Jika kereta tinggi direndahkan sesuatu yang unik, ini pula kebiasaan dilakukan satu lagi pengeluar automobil dari Jepun, iaitu model biasa yang ditinggikan.

Model itu ialah Subaru Levorg Layback 2024 baharu yang diperkenalkan di Jepun. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ditinggikan 55mm kepada 200mm. Daripada gaya asal wagon, Levorg Layback kini tampil sebagai model gaya crossover.

Selain lebih tinggi, rupa depan menampilkan gril dan bampar baharu yang mengubah penampilan garang menjadi lebih bersahaja dan lebih sesuai berada di tepi tasik, sungai atau meredah denai hutan.

Bahagian sisi selain lebih tinggi, dipasang braket gerbang roda supaya sesuai dengan imej lasak dan rim baharu yang dibalut tayar semua musim 225/55 R18, manakala bahagian belakang turut menerima bampar baharu.

Bahagian kabin menggunakan warna kelabu dan gelap dengan sulaman warna tembaga. Sisi kerusi direndahkan untuk memudahkan urusan masuk dan keluar kereta.

Seperti biasa, skrin tengah unit infotainment model Subaru itu direka menonjol. Levorg Layback 2024 dilengkapi skrin sentuh 11.6 inci, manakala pemandu diberi skrin 12.3 inci yang boleh memaparkan peta daripada aplikasi Apple Carplay.

Seperkara menarik, sistem bunyi Harmon Kardon dijadikan ciri bunyi asas. Ruang but mempunyai kapasiti kargo 561 liter, termasuk ruang tambahan 69 liter dengan kerusi boleh lipat dalam konfigurasi 4:2:4.

Urusan memunggah masuk barang juga mudah dengan pintu but boleh buka automatik apabila berada berdekatan pemandu atau penumpang berada dekat dengan logo Subaru.

Dari segi keselamatan, kereta ini dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju, Subaru EyeSight terbaharu dengan sensor kamera monokular sudut lebar. Antara ciri dibekalkan ialah brek pra-perlanggaran, stereng kecemasan pra-perlanggaran, monitor multi-sudut, Amaran Bantuan Kekal Lorong (LKAW) dan banyak lagi.

Antara ciri canggih lain diberikan ialah Subaru STARLINK yang boleh menghubungkan pemandu dengan pusat panggilan sepanjang masa jika pemandu mengalami kemalangan atau kerosakan.

Subaru Levorg Layback dijana enjin 1.8L DIT (Direct Injection Turbo) yang dipadankan transmisi Lineartronic CVT dan semestinya dalam sistem pacuan semua roda (AWD).

Enjin berkenaan menghasilkan output kuasa 175hp @ 5,200-5,600rpm dan tork 300Nm @ 1,600rpm hingga 3,000rpm, manakala tahap penggunaan minyak 13.6km per liter berdasarkan ujian Kitaran Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia WLTC.

Tidak hanya menjual imej tinggi, Subaru turut menala semula stereng untuk mendapat fiil lebih langsung dan lancar selain rasa sporty tanpa lengahan.

Penggunaan tayar diamater besar jenis semua musim membantu mengurangkan gegaran dan bunyi dalam kereta untuk suasana lebih menenangkan. Subaru mensasarkan jualan 1,300 unit Levorg Layback  2024 dan ditawarkan pada harga 3,993,000 yen (RM126,830).

Subaru Levorg Layback 2023.01
Subaru Levorg Layback 2023.02
Subaru Levorg Layback 2023.03
Subaru Levorg Layback 2023.04
Subaru Levorg Layback 2023.05
Subaru Levorg Layback 2023.06
Subaru Levorg Layback 2023.07
Subaru Levorg Layback 2023.08
Subaru Levorg Layback 2023.09
Subaru Levorg Layback 2023.10
Subaru Levorg Layback 2023.11
Subaru Levorg Layback 2023.12
Subaru Levorg Layback 2023.13
Subaru Levorg Layback 2023.14
Subaru Levorg Layback 2023.15
Subaru Levorg Layback 2023.16
Subaru Levorg Layback 2023.17
Subaru Levorg Layback 2023.18
Subaru Levorg Layback 2023.19
Subaru Levorg Layback 2023.20
Subaru Levorg Layback 2023.21
Subaru Levorg Layback 2023.22
Subaru Levorg Layback 2023.23
Subaru Levorg Layback 2023.24
Subaru Levorg Layback 2023.25
Subaru Levorg Layback 2023.26
Subaru Levorg Layback 2023.27
Subaru Levorg Layback 2023.28
Subaru Levorg Layback 2023.29
Subaru Levorg Layback 2023.30
Subaru Levorg Layback 2023.31
Subaru Levorg Layback 2023.32
Subaru Levorg Layback 2023.33
Subaru Levorg Layback 2023.34
Subaru Levorg Layback 2023.35
Subaru Levorg Layback 2023.36
Subaru Levorg Layback 2023.37
Subaru Levorg Layback 2023.38

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Subaru, Subaru Levorg, Subaru Levorg Layback, Subaru Levorg Layback 2024, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev