• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 900 Unit Proton S70 Ditempah dalam Seminggu

900 Unit Proton S70 Ditempah dalam Seminggu

December 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON S70 mencatat 900 unit tempahan dalam tempoh seminggu, iaitu kenaikan tiga kali ganda selepas pengeluar kenderaan itu mengumumkan harga rasmi sedan baharu itu pada 28 November lalu.

Jumlah tempahan terkumpul S70 sudah melebihi 3,000 unit setakat ini dan nampak gayanya, misi melihat sedan itu muncul sebagai model kedua paling laris Proton bakal menjadi kenyataan.

Maklumat terkini berhubung tempahan S70 itu diumumkan bersama prestasi jualan kenderaan Proton untuk November 2023. Berikut ialah perincian data jualan Proton untu bulan lalu:

MODEL 'PIES'

Empat model warisan Proton iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES) menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dengan kenaikan 34.3 peratus berbanding tempoh sama 2022.

Nampaknya, Saga masih mendominasi keseluruhan ranking jualan model Proton dengan jualan 6,349 unit sepanjang bulan lalu.

SIRI PROTON X

Siri kenderaan lencana X, membabitkan model X50, X70 dan X90 mencatat jualan terkumpul 3,225 unit sepanjang bulan lalu. Model terbaharu X90 mendominasi segmen jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D, manakala dua lagi siri X menduduki ranking kedua segmen SUV segmen-B dan -C.

Berikut jualan terkumpul mengikut model sejak dilancarkan hingga November 2023:

  • Proton X50: 102,325 unit
  • Proton X70: 95,100 unit
  • Proton X90: 4,285 unit

APA KATA CEO?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Bulan November baik untuk kami dan kami bersedia untuk penutupan akhir tahun yang kukuh. Barisan model kami merupakan pemain utama yang sempurna dan sejajar keutamaan untuk gaya, prestasi, teknologi dan kepraktisan.

"Penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan kami mengukuhkan keyakinan pelanggan dan
memastikan proses pemilikan yang lancar. Kami yakin mengakhiri tahun ini dengan kukuh, menyerahkan kereta ke tangan pelanggan kami sebelum tahun ini berakhir.”

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Proton, Proton Edar, Roslan Abdullah, Saga Iriz Persona dan Exora (PIES)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev