• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan - Harga Bermula RM115,000

KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan - Harga Bermula RM115,000

April 14, 2017 By Abang GYL 2 Comments

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

EUROTECH Wheel Distribution Sdn Bhd terus mengorak langkah agresif menerusi pengenalan dua model baharu, KTM Super Duke R dan KTM Super Adventure S.

HARGA

  • KTM Super Duke R – RM118,000
  • KTM Super Adventure S – RM115,000

Diimport sepenuhnya dari Austria, kedua-dua model ini menggunakan enjin sama bersesaran 1,301cc. Namun, setiap model memiliki karakter berbeza yang mana Super Duke R berada dalam kategori naked, manakala Super Adventure pula segmen touring.

KTM SUPER DUKE R

KTM Super Duke R menggunakan enjin 2-silinder yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 177hp pada 9,750rpm bersama tork 141Nm (7,000rpm). Memiliki berat 195kg, motosikal ini dilengkapi kotak gear 6-kelajuan dengan klac slipper. Bagi tunggangan menyeronokkan, pembeli ditawarkan tiga mod tunggangan berbeza, iaitu Sport, Street dan Rain.

Tugasan membrek diserahkan kepada set brek berkembar Brembo 4-piston di depan, dan 2-piston di belakang. Jentera yang digelar 'The Beast’ itu turut dilengkapi teknologi terkini seperti Kawalan Traksi (TRC), Regulasi Gelincir Motor (MSR) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> KTM Lancar Barisan Model Duke 2017 di India - 390 Duke, 200 Duke dan 250 Duke

KTM SUPER ADVENTURE S

KTM Super Adventure S pula mampu menghamburkan kuasa maksimum 160hp pada 8,750rpm dan tork 140Nm (6,750rpm). Menarik tentang motosikal ini ialah perumah lampu baharu yang membuatkan pengguna jalan raya lain mudah mengecam.

Sesuai untuk menunggang jauh, tangki minyak KTM Super Adventure S memiliki kapasiti 23L dengan 4L bahan api simpanan. Opsyen tunggangan juga berbeza berbanding model naked dengan mod Sport, Street, Rain dan Offroad.

Gaya premium KTM Super Adventure S lebih menyerlah dengan kunci wayarles, selain ciri Kawalan Jelajah, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan pengecaj USB.

BACA >>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

BACA >>> Debut di Austria, KTM RC16 Sedia Cabar MotoGP 2017

GALERI

KTM SUPER DUKE R

KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 01-001
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 06
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 07
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 03
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 08
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 02
KTM 1290 SUPER DUKE R MY17_Action 05

KTM SUPER ADVENTURE S & ADVENTURE R

KTM 1290 SUPER ADVENTURE S_Action 03
KTM 1290 SUPER ADVENTURE S_Action 01
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 07
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 06
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 05
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 04
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 03
KTM 1290 SUPER ADVENTURE R_Action 02
KTM 1090 ADV R_1290 S-ADV R_Action 02

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, KTM, ktm malaysia, KTM Super Adventure S, KTM Super Duke R, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev