• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Ninja ZX-25RR Dapat Rating 5-Bintang MIROS, Lancar Tahun Depan?

Modenas Ninja ZX-25RR Dapat Rating 5-Bintang MIROS, Lancar Tahun Depan?

November 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS baru-baru ini mengumumkan 11 model Modenas dan Kawasaki menerima pengiktirafan 5-bintang MyMAP daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Bagaimanapun, MIROS mendedahkan menerima 12 model Modenas dan Kawasaki untuk penilaian yang mana semua model berkenaan diberikan penarafan 5-bintang.

Rupanya, model ke-12 itu ialah sportbike suku liter 4-silinder sebaris Modenas Ninja ZX-25RR yang akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Mungkinkah awal 2024?

Ninja ZX-25RR diberikan rating lima bintang menerusi ciri teknologi bantuan keselamatan penunggang seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), lampu utama dan brek jenis LED dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Penulis difahamkan varian ZX-25RR itu adalah satu lagi model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Modenas di Gurun, Kedah. Bagaimapun, kita tunggu Modenas buat pengumuman rasmi.

SENARAI 12 MODEL 5-BINTANG MYMAP BAHARU

  1. Modenas Elegan EX 250
  2. Modenas Dominar D250
  3. Modenas Dominar D400 Adventure
  4. Modenas Versys-X 250
  5. Modenas Versys 650
  6. Modenas Vulcan S
  7. Modenas Z650
  8. Modenas Ninja 650
  9. Modenas Ninja ZX-25R SE
  10. Modenas Ninja ZX-25RR
  11. Kawasaki Z900
  12. Kawasaki Z900 SE

Selain itu, Modenas pernah menerima pengiktirafan sama untuk dua model pemasangannya iaitu Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS pada Disember 2022.

Related

19
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Kawasaki, Modenas, Modenas Ninja ZX-25RR, Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev