• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Tip Elak Anak Tertinggal Dalam Kenderaan

9 Tip Elak Anak Tertinggal Dalam Kenderaan

November 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Penerangan Malaysia berkongsi sembilan tip penting untuk mencegah kejadian anak kecil tertinggal dalam kenderaan sebagai panduan kepada golongan ibu bapa dan penjaga.

Dokumen mengandungi tip penting itu boleh dimuat turun dalam format PDF menerusi laman ini. Berikut ialah sembilan tip dikongsi:

JANGAN LETAK ANAK DI ZON TITIK BUTA

  • Pemandu kenderaan disarankan untuk menempatkan kanak-kanak atau bayi di kerusi bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan.
  • Ini kerana kerusi di belakang pemandu berada dalam zon titik buta.

PERIKSA KABIN SEBELUM KUNCI KENDERAAN

  • Periksa semua tempat duduk penumpang sebelum meninggalkan dan mengunci kenderaan. Jadikannya satu rutin setiap kali anda keluar memandu.

GUNAKAN ANAK PATUNG

  • Anda dinasihatkan meletakkan anak patung di kerusi kanak-kanak. Semasa meletakkan anak ke dalam kerusi itu, alihkan anak patung itu ke kerusi penumpang depan.
  • Pilih anak patung bersaiz besar dan berwarna terang sebagai peringatan bahawa anak anda ada di belakang.

GUNA BEG SUSU, BEG ANAK

  • Konsepnya sama dengan tip kedua iaitu letakkan beg di kerusi penumpang hadapan.

LETAK BARANG PENTING DI BELAKANG

  • Anda disarankan untuk letak barangan penting seperti beg kerja, tag atau pas kerja mahupun kunci pejabat di kerusi barisan belakang.

LETAK TAG, LABEL PADA PEMEGANG PINTU

  • Tag atau label ini diletakkan pada pemegang pintu pemandu di bahagian luar yang boleh membantu anda mengingat kembali tentang keberadaan anak di dalam kabin.

MINTA BANTUAN SEKOLAH, PUSAT ASUHAN

  • Anda juga dinasihatkan meminta pihak sekolah atau pengasuh untuk menghubungi anda jika anak tidak hadir ke sekolah atau rumah asuhan pada masa ditetapkan.
  • Minta juga pasangan menghubungi anda jika bertukar rutin hantar anak ke sekolah atau pusat asuhan.

GUNA PERANTI, APLIKASI TELEFON

  • Pemandu disarankan menggunakan peranti atau aplikasi untuk mengingatkan anda bahawa anak ada dalam kenderaan. Antaranya, peranti ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety

GUNAKAN WAZE

  • Anda juga boleh memanfaatkan sistem navigasi Waze sebagai medium peringatan. Ini caranya: Waze

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev