• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Boleh Buat Tuntutan Langgar Jalan Berlubang Jika Cedera, Kenderaan Rosak

#TahukahAnda: Boleh Buat Tuntutan Langgar Jalan Berlubang Jika Cedera, Kenderaan Rosak

December 4, 2023 By Firdaus Khamaruddin Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUKAH anda pengguna jalan raya boleh memfailkan tuntutan ke atas pihak berkuasa jika mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kerosakan kenderaan.

Dipetik Harian Metro, peguam, Nur Aqilah Zainal Abidin berkata, jika seseorang itu cedera atau kereta rosak akibat kerosakan jalan raya, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman ganti rugi am atau khas di mahkamah.

Nur Aqilah berkata, tuntutan perlu bergantung kepada dokumentasi seperti rekod balai polis trafik dan fail perubatan klinik atau hospital, manakala tempoh memfailkan tuntutan adalah antara enam bulan hingga lebih setahun.

Menurutnya, berdasarkan data disediakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kelayakan pelanggan untuk membayar balik jika berlaku kemalangan akibat jalan berlubang.

Majoriti pemandu Malaysia masih tidak menyedari hak mereka dalam situasi ini. Pengguna jalan raya mengalami kemalangan akibat jalan berlubang dan halangan seperti besi atau dahan pokok di jalan yang menyebabkan kecederaan atau sebarang bentuk kerugian, boleh menuntut ganti rugi am daripada pihak bertanggungjawab ke atas jalan itu.

"Pengguna perlu buat laporan polis terlebih dahulu dan beritahu polis trafik, tujuan buat laporan adalah membuat tuntutan pampasan am dan khas di mahkamah daripada pihak bertanggungjawab."

Selepas itu, polis akan ke tapak kemalangan dan menjalankan siasatan seperti mengambil gambar perlanggaran dan sebarang lubang atau halangan lain di jalan raya.

Namun, pengguna tidak boleh membuat tuntutan jika kondisi jalan raya menunjukkan orang bertanggungjawab itu sudahpun meletakkan tanda amaran mengenai bahaya.

Terbaharu, seorang mekanik di Kota Bharu, Kelantan, yang terlibat kemalangan hingga kehilangan kaki kiri akibat jalan berlubang diberikan pampasan bernilai RM652,000 pada November 2022.

Dalam kes lain, seorang warga Pakistan di Selangor menerima pampasan RM50,000 daripada kemalangan apabila motosikal ditunggangnya terlanggar jalan berlubang.

Nur Aqilah berkata, pengguna boleh mengupah peguam kerana mereka ada kepakaran dalam mendokumentasi undang-undang tuntutan

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Nur Aqilah Zainal Abidin, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuntutan Kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev