• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Politeknik Maut dalam Kereta, Terhidu Karbon Monoksida

Pelajar Politeknik Maut dalam Kereta, Terhidu Karbon Monoksida

November 28, 2023 By Han Othman Leave a Comment

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pelajar Politeknik Kota Bharu di Tumpat ditemukan maut dalam sebuah kereta bersama seorang rakannya yang dikejarkan ke hospital akibat terhidu gas karbon monoksida (CO).

Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Fatin Ieram Bariah Muhamad Sobri, 20, dan rakannya Wan Muhamad Haris Aiman Muhamad, 20, ditemukan pekerja sebuah stesen minyak di bandar Kota Bharu selepas mendapati kereta berkenaan diparkir beberapa jam di situ.

Ibu mangsa, Rohana Ismail, 41, memberitahu menerima panggilan telefon mengenai insiden itu pada jam 10.45 malam dan terus memaklumkan kepada suaminya yang kemudian bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurut Rohana, anaknya yang mesra dengan panggilan Ieram ditemani Wan Muhamad Haris Aiman yang juga rakannya sejak sekolah dan turut belajar di politeknik berkenaan.

Saya dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke kedai kakak Wan Muhamad Haris Aiman di bandar untuk membungkus barangan jualan atas talian kakaknya itu," katanya dipetik Sinar Harian ketika ditemui di rumah di Kampung Kajang Sebidang, di Tumpat, semalam.

Menurutnya, Ieram tinggal di rumah sewa berdekatan politeknik dan akan pulang setiap Khamis dengan memandu kenderaan sendiri.

Rohana mendakwa kali terakhir bertemu mangsa pada jam 6.45 pagi Ahad lalu ketika mahu bertolak ke politeknik.

Dia bersalam, memeluk dan mencium saya. Itu perkara biasa yang dilakukan setiap kali mahu keluar."

SUMBER & FOTO: SinarHarian

Related

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Maut Hidu Karbon Monoksida, Pelajar Politeknik Maut Hidu Karbon Monoksida, Politeknik Kota Bharu, Tumpat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev