• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Persidangan CITA: Puspakom Komited Fokus Kenderaan Lebih Selamat, Bersih

Persidangan CITA: Puspakom Komited Fokus Kenderaan Lebih Selamat, Bersih

November 24, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


AGENSI pemeriksaan keselamatan, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan lebih 30 ahli dalam Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) yang mewakili 11 negara bersidang di Kuala Lumpur bagi Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG) di Malaysia.

Persidangan itu bertujuan menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan emisi karbon dalam skala global.

 

Presiden CITA, Gerhard Müller (foto atas kanan) berbesar hati dengan pertemuan dianjurkan di Asia itu yang menunjukkan pertumbuhan sektor automotif rantau ini. Beliau berkata;

Sektor automotif yang berkembang pesat di rantau Asia/Australasia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengangkutan.

"Penganjuran persidangan CITA di Malaysia ini tepat pada masa kerana menghimpunkan pakar terkemuka dalam pematuhan dan pemeriksaan kenderaan untuk saling berkongsi pengetahuan dan pengalaman, serta berdepan cabaran utama dalam aspek pemeriksaan kenderaan.”

Müller juga menekankan keperluan kesaksamaan tanpa memihak dalam penilaian pematuhan kenderaan, adaptasi teknologi kenderaan lebih pesat seperti pemanduan autonomi, dan menyelaras piawaian kenderaan baharu dan sedia ada bagi memastikan keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman menekankan komitmen agensi itu selama tiga dekad terhadap kesaksamaan tanpa memihak dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan secara bebas.

Asasnya, setiap hari apa dilakukan Puspakom dan ahli adalah bagi memastikan kenderaan selamat dan layak berada atas jalan raya, yang bermaksud kami sedang melindungi pengguna jalan raya di Malaysia.

"Selama hampir 30 tahun Puspakom berpegang kepada prinsip ini. Ini selari dengan misi dan tema CITA dalam persidangan ini," katanya.

Mahmood juga membuat penambahan tentang keputusan pemeriksaan.

Pada 2022, statistik menunjukkan 20.3 peratus daripada lebih 1.4 juta kenderaan diperiksa tidak melepasi pemeriksaan berkala di Puspakom atas pelbagai sebab.

"Daripada jumlah itu, kira-kira 296,000 kenderaan dapat dihindar dari berada atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam.

Ini terbukti dengan kejayaan pemeriksaan - serta kepentingan - dalam mencegah potensi kemalangan yang mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya dan kematian.”

Penekanan itu menyerlahkan dedikasi Puspakom terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan dengan menyaksikan peningkatan ketara dalam kecekapan dengan purata masa pemeriksaan kenderaan dikurangkan kepada 37 minit, berbanding 60 minit direkodkan beberapa tahun lalu.

Menurutnya lagi, disebabkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas digunakan, prestasi itu boleh dipertingkat lagi tanpa menjejaskan kualiti pemeriksaan.

Mahmood turut berterima kasih atas peranan CITA dalam membolehkan Puspakom memperoleh pencapaian sambil mengatakan CITA aktif menyumbang kepada penggubalan piawaian pemeriksaan kenderaan jalan raya sebagai amalan terbaik peringkat global.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CITA, Gerhard Müller, Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA), Mahmood Razak Bahman, Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG), PUSPAKOM, PUSPAKOM Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my