• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama Peugeot di Malaysia Beralih Lagi dari Bermaz Auto ke Stellantis

Jenama Peugeot di Malaysia Beralih Lagi dari Bermaz Auto ke Stellantis

November 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDARAN kenderaan jenama Peugeot di Malaysia sekali lagi bertukar tangan, dijangka berlaku suku pertama tahun depan. Malah pihak baharu itu dikatakan bakal memperkenalkan lebih banyak jenama kenderaan di bawah Stellantis N.V. (Stellantis).

Terdahulu, tugas pengedaran jenama kenderaan Perancis tersebut pernah diuruskan Naza sebelum diambil alih Bermaz Auto pada 2020. Terkini, Stellantis sendiri akan memikul tugas tersebut.

Stellantis dilaporkan mahu menubuhkan syarikat jualan nasional (NSC) baharu di Malaysia yang akan menguruskan aspek pengedaran dan jualan kenderaan jenama keluaran syarikat itu di Malaysia.

Khabarnya, ini perubahan dalam strategi bisnes syarikat berkenaan dan menjadi sebahagian misi pertubuhan Stellantis di Asean.

Buat masa ini, Bermaz Auto Alliance (BAA), iaitu subsidiari Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto) masih berstatus pengedar  rasmi Peugeot di Malaysia. BAA dikhabarkan akan bekerjasama dengan Stellantis dalam aspek penjualan kenderaan menerusi rangkaian pengedarnya.

Sepanjang tempoh peralihan tersebut, BAA akan bekerjasama dengan Stellantis, yang mana kedua-dua syarikat itu komited untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Peugeot sedia ada tanpa gangguan, termasuk menyediakan alat ganti, waranti dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.

Daniel Gonzalez
Daniel Gonzalez
Jamie Francis Morais
Jamie Francis Morais

Langkah pertama permulaan bermula dengan pengumuman Daniel Gonzalez sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan Pengedar Am Stellantis untuk Asean.

Beliau berkata;

Kami berbesar hati mengumumkan strategi perniagaan baharu bagi menyediakan pasaran Malaysia lebih banyak produk dan perkhidmatan bawah pembentukan NSC. Ini termasuk pengenalan jenama baharu pada masa depan di Malaysia di bawah portfolio Stellantis.

"Bermaz Auto menjadi rakan kongsi penting dan membina asas kukuh jenama Peugeot di Malaysia sejak Disember 2020. (Mereka) akan beri sokongan padu terhadap peralihan kami dalam pembentukan NSC.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto, Tan Sri Ben Yeoh dan pasukannya atas segala dilaksanakan Bermaz Auto dalam membangun jenama Peugeot seperti dicapai ketika ini.”

Ketua Selepas Jualan Semasa untuk Operasi Asean dan Pengedar Am untuk Stellantis, Jamie Francis Morais akan mengetuai NSC di Malaysia.

Hala tuju dan strategi baharu Stellantis untuk rantau Asean adalah termasuk dalam misi elektrifikasi dan menilai potensi kilang di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk pembuatan kenderaan elektrik (EV) berasaskan bateri (BEV) untuk domestik dan eksport rantau ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bermaz Auto Alliance (BAA), Bermaz Auto Berhad (Bermaz Auto), Daniel Gonzalez, Jamie Francis Morais, Peugeot, Roda4, Stellantis N.V. (Stellantis)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev