• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda WR-V (2024) Baru Lancar di Jepun, Bukan Versi Asean, Tetapi Elevate dari India!

Honda WR-V (2024) Baru Lancar di Jepun, Bukan Versi Asean, Tetapi Elevate dari India!

November 23, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


STRATEGI dua nama untuk model sama diteruskan Honda menerusi pelancaran Honda WR-V (2024) baharu pasaran Jepun. Walaupun, kenderaan utiliti sukan (SUV) dimaksudkan itu bukan model Asean, tetapi sama dengan Elevate dari India!

Honda sebelum ini memperkenalkan HR-V Amerika Syarikat yang berbeza daripada Asean dan beberapa pasaran lain. Di Jepun, HR-V tersebut dikenali sebagai ZR-V.

Tidak dapat dipastikan mengapa Honda Jepun mengambil langkah tersebut yang mana versi Asean dan Jepun, termasuk India memiliki rekabentuk dan dimensi berbeza.

Misalnya, Honda WR-V versi Asean tampil dalam gaya lembut, manakala WR-V bersi Jepun lebih bersegi. Dari segi dimensi, Elevate memiliki panjang 4,312mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,650mm, manakala jarak roda 2,650mm.

Honda WR-V versi Asean (foto atas) pula memiliki dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,780mm, dan tinggi 1,608mm, manakala jarak roda 2,485mm. Ini bermakna WR-V/Elevate lebih besar dengan ruang but lebih luas, 458 liter berbanding 380 liter.

Nama WR-V merujuk kepada 'Winsome Runabout Vehicle' yang direka berasaskan konsep 'Maskulin' dan 'Keyakinan'.

Kedua-dua model tampak segak dan seperti diperkata,  Honda WR-V versi Jepun lebih berkotak, terutama bahagian fasia depan.

Bahagian lain pula dapat dilihat beberapa ciri hampir sama seperti pintu sisi belakang dan lampu belakang. Bezanya, WR-V versi Jepun ada hendal pintu di panel badan, bukan sebelah cermin dan lampu yang bersambung kanan ke kiri dalam bentuk selari.

Papan pemuka Honda WR-V versi Jepun

Ruang kabin Honda WR-V versi Jepun juga berbeza daripada WR-V versi Asean menerusi penggunaan papan pemuka BR-V yang melengkung berbanding melintang dan bersegi.

Papan pemuka Honda WR-V versi Asean

Mengenai trenkuasa, Honda WR-V versi Jepun ini dijana enjin 1.5L i-VTEC tanpa mendedahkan angka kuasa dan transmisi yang digunakan kecuali pacuan roda depan (FWD) untuk ketiga-tiga varian: X, Z dan Z+.

Sebagai rujukan, Elevate menggunakan enjin 1.5L i-VTEC L15ZF berkuasa 119hp, dan tork 145Nm dengan opsyen transmisi automatik CVT atau manual 6-kelajuan.

Honda WR-V versi Asean juga menggunakan trenkuasa sama seperti Elevate, termasuk kotak gear manual untuk pasaran Indonesia. Harga Honda WR-V (2024) versi Jepun bermula 2 juta yen (RM63,090) dan bakal tiba di pasaran menjelang 2024.

Honda WR-V Jepun
Honda WR-V Thailand

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Honda, Honda Elevate, Honda WR-V, Honda WR-V 2024, Honda WR-V 2024 Jepun, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my