PERNAH abang terbaca dalam satu artikel luar negara, banyak punca stres berpunca di atas jalan raya, sama ada disebabkan kesesakan trafik ataupun terpaksa berdepan bermacam-macam perangai pemandu dan penunggang. Tidak hairanlah orang kita banyak mengamuk bukan-bukan di Facebook sebab masing-masing stres sangat.
Apa tidaknya, abang bukan saja kena bersabar dengan pemandu yang tak reti bagi signal dan memandu serupa kura-kura di lorong kanan, abang juga terpaksa bersabar dengan pemandu yang tidak sabar. Baca sekali lagi, bersabar dengan pemandu tidak sabar.
Lampu hijau belum menyala, tapi sudah kena hon. Lampu masih merah, pun kena hon juga sebab jalan clear tapi tak jalan. Itu belum kira yang buka tingkap sambil usya bajet gengster. Mujurlah ketenangan abang setenang air di kali dan abang biasanya akan balas provokasi mereka dengan muka spastik sambil julingkan mata dan herotkan lidah ke tepi. Abang harap aksi abang sedikit sebanyak buat mereka terhibur dan tak stres sangat.
Orang-orang macam inilah kalau bersembang bab integriti dan korupsi memang boleh sampai runtuh langit dan bumi. Tetapi diri sendiri pun 'hauk' juga. Inilah apa yang nak ditegur saudara Irmanyadi Idris atau nama mesranya Mantot, pasal tabiat sesetengah pemandu kita yang tidak pernah reti nak bersabar, selalu gelojoh dan tergesa-gesa.
Tahu tak sikap tak sabar inilah juga yang mendorong kepada amalan korupsi dalam kalangan masyarakat kita? Misalnya, tak sabar nak kaya, tak sabar nak senang, tak sabar nak pandai, tak sabar nak kahwin. Mereka inilah yang akan guna hujah, 'orang atas lagi korup kau tak peduli pun.' 'Polis langgar lampu kau diam je.' Bla bla bla...
Setan (dengan izin) mana yang ajar dia kalau orang atas buat jahat, orang kecil macam dia pun boleh buat jahat juga?
Selamat membaca. Abang sudahi mukadimah ini dengan pepatah moden anak muda masa kini, 'Hang laju-laju tu nak pi mana?'
* Status sudah disunting mengikut skema penulisan PanduLaju tanpa menjejaskan maksud dan gaya asal penulisan penulis. Harap maklum.
Mentaliti Pemandu Kelas Satu
1. Berapa lama kita patut tunggu sebelum kita hon kereta depan yang mungkin terleka, bila lampu sudah hijau?
2. Di Malaysia ni susah nak kata. Kita seolah-olah ada undang-undang yang sebelum lampu hijau menyala pun, kita sudah kena jalan.
3. Apatah lagi kalau kereta depan kita kereta belajar memandu. Aku bawa kereta hari-hari ikut jalan dia orang, banyaklah juga adegan pengguna jalan raya kita yang aku boleh nampak.
4. Orang bagi jari hantu, orang potong kereta sekolah memandu tu dan renung dengan marah, orang yang hon hon hon hon honnnnnnnnnnnnnnnnnn. Jerit BOD*H kepada pelajar yang tengah belajar pun biasalah. Dia belajarlah, bang*ng!
5. Si pelajar itu pun sudahlah gelabah, jadi semakin gelabah.
6. Aku tak tau apa yang anda kejarkan sangat.
7. Banyak negara luar ada undang-undang tidak bertulis (unwritten law); jika pemandu depan leka ketika lampu hijau, kita tunggu. Bagi dia peluang. Minimum 4 saat kita patut tunggu.
8. Kalau dia tak bergerak juga, baru hon. Tapi bukan hon macam kita biasa buat tu; HOOOONNNNNNNNNNNNNNN! Itu bukan hon nak tegur, itu hon - 'F*CK Y*U!'
9. Hon yang betul ialah dua hon pendek dan cepat. Hon-Hon!
10. Kalau kita boleh kurangkan stres atas jalan raya, rasanya ramai kot orang kita yang boleh hidup lebih bahagia.
SUMBER: Irmanyadi Idris
Leave a Reply