• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SISMA Auto Buka Pusat 3S Volvo Terbesar Malaysia di Lebuhraya Sungai Besi

SISMA Auto Buka Pusat 3S Volvo Terbesar Malaysia di Lebuhraya Sungai Besi

November 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SISMA Auto sebentar tadi mengumumkan pembukaan Pusat 3S Volvo perdana baharu di Sungai Besi, iaitu cawangan jenama kenderaan Sweden terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan RM30 juta.

Bangunan empat tingkat di Wisma SISMA Auto itu berkeluasan 55,000 kaki persegi menawarkan Pengalaman Runcit Mampan Volvo (Volvo Retail Sustainable Experience) dengan gabungan pelbagai inisiatif mesra alam, terletak di Lebuhraya Sungai Besi.

Ini termasuk sistem penuaian air hujan, penggunaan tenaga suria, rekabentuk muka bangunan bertebat cekap tenaga, pencahayaan dan pengudaraan cekap tenaga, serta pemaksimuman elemen hijau.

Malah perabot disediakan dalam premis itu juga daripada hasil sumber dan pembuatan mampan.

Volvo SISMA Auto Sungai Besi menempatkan bilik pameran Volvo terbesar di Malaysia dengan memuatkan hingga 16 unit kereta baharu dan kereta terpakai SELEKT.

Ruang dalaman premis menawarkan pengalaman runcit premium, terutama di ruang menunggu ala Skandinavia yang bergaya kemas tetapi minimalis.

Pusat servis Volvo SISMA Auto Sungai Besi dilengkapi pelbagai peralatan diagnostik Volvo berkomputer terkini, termasuk kelengkapan penjajaran dan imbangan roda.

Aspek servis dikendali pasukan juruteknik terlatih diiktiraf Volvo yang bersedia memenuhi semua keperluan servis untuk model Volvo, sama ada enjin pembakaran dalaman, hibrid atau trenkuasa elektrik.

Ada banyak kemudahan pengecasan termasuk stesen pengecasan pantas (DC) kapasiti tinggi 120kW untuk kegunaan umum.

Selain itu, pusat itu turut menyediakan program Volvo SISMA Auto Concierge Service yang menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata;

Lokasi asal kami di Glenmarie sudah tidak mampu menampung pertumbuhan perniagaan Volvo yang kami mulakan lebih kurang enam tahun lalu. Pusat lebih besar dan lebih baik ini dibangunkan memandangkan jumlah pelanggan kami kian bertambah. Ia juga berfungsi sebagai penambahan kepada lokasi jualan sedia ada kami di Bukit Bintang.

“Penggunaan kenderaan elektrik pula semakin meluas di Malaysia dan kami melihat adanya peluang pertumbuhan yang pesat kerana Volvo ialah perintis dalam kalangan pengeluar kenderaan terkemuka.”

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia (VCM) Charles Frump pula berkata;

Kami teruja kerana mempunyai rakan niaga tempatan komited yang sedia bekerjasama menaikkan jenama ini dan bersama mengorak langkah ke arah pengelektrikan. Kami berazam menawarkan kebebasan pergerakan mampan dan selamat kepada pengguna.

"Pelaburan besar dibuat SISMA Auto pasti akan menyumbang kepada peningkatan nyata dari segi rangkaian kami dan pengalaman pemilikan Volvo.”

Pusat Volvo Sisma Auto Sungai Besi terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Waktu operasi seperti berikut:

  • 9 pagi hingga 7 malam (Isnin hingga Jumaat)
  • 10 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Pusat 3S Volvo Sungai Besi, Pusat 3S Volvo Terbesar Malaysia, SISMA AUTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my