• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jentera Ikonik British, Ginetta G56 GT4 Evo 2024 dengan Enjin 6.2L Berkuasa 500hp, Siap Sedia Masuk Trek!

Jentera Ikonik British, Ginetta G56 GT4 Evo 2024 dengan Enjin 6.2L Berkuasa 500hp, Siap Sedia Masuk Trek!

December 17, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


GINETTA
ialah syarikat perlumbaan Britain yang diasaskan lebih 60 tahun lalu dan sejak 2005 dimiliki hartawan Lawrence Tomlinson yang juga pernah memenangi perlumbaan Le Mans.

Ginetta menawarkan kereta jalanan dan satu daripadanya dinamakan The Akula. Selain produk jalanan sah, Ginetta semestinya mempunyai model untuk berentap di litar.


x`
Terbaharu, Ginetta memperkenalkan kereta lumba G56 GT4 Evo 2024. Seperti namanya, model ini diasaskan daripada G56 GT4 yang bakal digunakan untuk berlumba pada 2024.

Ada beberapa penambahbaikan seperti bonet direka baharu dan sistem penyejukan yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan suhu optimum dalam kebuk enjin dan juga kokpit pemandu.

Turut dipertingkat adalah bahagian suspensi, olengan, badan lebih tinggi, rim dan roda lebih besar. Perubahan itu menambah baik kepanasan dan degradasi tayar.

Penambahan berat dan badan lebih tinggi mempertingkat keupayaan atas laluan lurus yang menjadikan model itu kereta kompetitif untuk pemandu biasa dan profesional.

Selain bonet, Ginetta turut mengubah sayap belakang yang menyumbang kepada kecekapan aerodinamik keseluruhan. Penyaman udara ditambah baik untuk mengurangkan suhu kabin kereta dan memberi lebih keselesaan kepada pemandu.

Bagi memastikan G56 GT4 Evo siap untuk bersaing, Ginetta melalukan ujian ekstensif menggunakan mesin dyno dan di beberapa litar seperti Blyton Park milik syarikat itu, termasuk Silvertone dan Donington Park.

Menariknya, jentera Ginetta baru saja memenangi perlumbaan empat jam Ultimate Cup di Magny-Cours, Perancis. Komponen Evo juga akan diuji di Creventic Middle East Cup untuk memastikan prestasi dan ketahanan buat pelanggan.

Tahun pertama penyertaan G56 GT4 Evo menyaksikan 20 unit dikeluarkan dan separuh daripadanya sudah ditempah pelanggan. Ginetta G56 GT4 Evo dijana enjin 6.2L berkuasa 500hp (tanpa BOP/Balance of Performance) dan boleh memecut kelajuan maksimum 265.5kmj. Berat kereta pula 1,400kg (tanpa BOP)!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ginetta, Ginetta G56, Ginetta G56 GT4, Ginetta G56 GT4 Evo 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my