• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bomba Malaysia Cipta Peranti Pintas Frekuensi Radio untuk Maklum Kenderaan Depan

Bomba Malaysia Cipta Peranti Pintas Frekuensi Radio untuk Maklum Kenderaan Depan

November 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SALAH satu cabaran terpaksa ditempuh anggota pasukan penyelamat dan pihak berkuasa untuk tiba ke lokasi kecemasan dengan cepat adalah mengharungi trafik sesak.

Walaupun kenderaan sudah dilengkapi lampu beacon merah-biru dengan bunyi siren dan pembesar suara, mekanisme amaran atau makluman kecemasan itu kadangkala masih tidak cukup melancarkan perjalanan.

Masalah dihadapi itu mencetuskan satu ciptaan inovasi peranti dipanggil Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS).

APA ITU AFIS?

  • Menurut laporan Utusan Malaysia, peranti AFIS dicipta enam pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dengan modal RM822.
  • Sistem AFIS mampu memintas frekuensi radio kenderaan di depan untuk memaklumkan kepada pemandu lebih awal mengenai kehadiran jentera bomba, ambulans atau kereta peronda polis.
  • Jarak frekuensi pintasan radio AFIS ialah 200 meter dan boleh dipertingkat lebih jauh.

SIAPA DI SEBALIK CIPTAAN AFIS?

  • Terdiri daripada enam pegawai yang menggelarkan diri sebagai Alor Setar Troopers.
  • Diketuai Ketua BBP Jalan Raja, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah dan:
    • Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azizan Jusoh
    • PBK II Haidar Fathil
    • PBK II Haryady Mohd Ashikin
    • PBK II Mohd Daud Awang
    • PB Mohd Khairul Khuzaini Maula Abu Othman
  • Ciptaan AFIS itu membolehkan Alor Setar Troopers muncul pemenang utama Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023, sekali gus membawa pulang piala, sijil dan hadiah tunai RM1 juta.

APA KATA MEREKA?

Ahmad Naufal berkata;

Inovasi ini tercipta hasil pengalaman sendiri yang tersangkut dalam kesesakan menuju ke lokasi kemalangan atau kebakaran.

"Ada kala bunyi siren atau lampu beacon tidak sampai kepada kenderaan jauh di depan menyebabkan mereka tidak sedar kehadiran jentera.

"Melalui AFIS, agensi seperti bomba contohnya boleh memintas frekuensi radio kenderaan dalam jarak tertentu untuk memaklumkan kehadiran jentera di belakang supaya pengguna jalan raya dapat memberi laluan lebih pantas.

"Peranti ini amat berguna di bandar utama yang sesak. Penggunaan AFIS juga diyakini mampu membantu mengurangkan tempoh respon terhadap kes kecemasan seperti disasarkan sebelum ini, iaitu daripada 10 kepada lapan minit."

NEGARA JIRAN BERMINAT

Laporan sama mendedahkan ada beberapa pihak sudah mencuba keberkesanan AFIS dan memberi maklum balas baik. Ahmad Naufal menambah;

Produk ini didaftarkan di Harta Intelek Malaysia (MyIPO), malah turut mendapat surat penghargaan Taman Teknologi Malaysia (TPM). Maklum balas diterima daripada agensi Kerajaan lain yang menguji AFIS turut positif.

“Kami juga pernah bawa peralatan ini kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan mereka juga amat berminat dengan AFIS.

"Jika kena cara, tidak mustahil ia boleh dikomersialkan dan diketengahkan hingga peringkat antarabangsa."

SUMBER: UtusanMalaysia

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alor Setar Troopers, Auto Terkini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, bomba, Bomba Malaysia, Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev