JUARA GP Qatar 2023, Fabio Di Giannantonio mendedahkan beliau sebenarnya ada khabar 'kurang baik' mengenai karier MotoGP selepas tamat aksi GP Malaysia.
Di Giannantonio mencatat kemenangan pertama musim 2023 dengan mendahului perlumbaan ketika saingan berbaki empat lap, termasuk menewaskan juara dunia 2022, Francesco Bagnaia aka Pecco.
Bercakap mengenai kemenangan bermakna itu, Di Giannantonio berkata;
Momen tu memang luar biasa. Sekarang aku rasa relaks sikit sebab faham apa yang terjadi."
Walaupun mencatat kemenangan sulungnya, Di Giannantonio dilaporkan bakal hilang tempat dalam saingan MotoGP musim depan. Pelumba Itali itu mengakui menerima berita 'kurang enak' yang menutup pintu kariernya sebagai pelumba.
Aku nak berlaku jujur dan cakap satu benda. Lepas (aksi) Malaysia, sesuatu tentang masa depan aku berlaku dan itu bukan benda bagus.
"Jadi, aku balik rumah dengan rasa cukup marah tapi dalam keadaan positiflah. Aku bagitau famili dan kawan-kawan aku, rasanya siap ulang cakap dua atau tiga kali. Aku nak menang kat Qatar.
"Kawan-kawan aku pesan, jangan cakap je. Pi sana dan terus usaha. Tapi aku cakap, tak... aku nak menang dan aku akan lakukannya. Memang kena buat betul-betul dan jadikannya nyata. Memang tak mudah tapi kami berjaya."
Di Giannantonio menunjukkan prestasi hampir muncul juara beberapa kali sejak berakhir cuti musim panas, dan berjaya membuktikan dirinya masih berbakat dengan menewaskan Pecco yang sedang mendahului carta kutipan mata juara dunia MotoGP 2023.
Mengenai saingan gelaran dunia musim ini dan risiko, Di Giannantonio berkata;
Memang mencabar sebab dia juara dunia. Dia dah menang banyak race dan cukup bijak berdepan setiap situasi. Dia pun sedang buru kejuaraan dunia (musim ini). Jadi, aku kenalah hati-hati sikit.
"Apa yang pasti, aku bukan nak bertindak bodoh dan rosakkan race sesiapa. Aku tahu aku ada sesuatu (untuk dibuktikan). Tapi momen itu juga aku kesiankan dia sebab aku ambil mata daripada dia (Pecco). Tapi (masa itu), aku ada peluang untuk menang (kenapa tidak)."
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply