• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tidak Dapat Kereta, Duduk Atas Kerusi Pejabat Ferrari Pun Jadilah

Tidak Dapat Kereta, Duduk Atas Kerusi Pejabat Ferrari Pun Jadilah

April 16, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

"AMBIL bau sahaja."
"Dapat tengok bumbung pun jadilah."
"Dapat pegang pun jadilah."

Ayat-ayat di atas ini memang biasa didengar. Bunyinya macam melawak, tetapi kadangkala si polan yang bercakap memang bermaksudkan begitu.

Kepada mereka yang gemarkan jenama Ferrari dan mengidamkannya, ini berita menarik apabila jenama supercar dari Itali itu berkolaborasi dengan Poltrona Frau untuk menghasilkan kerusi pejabat, diberikan nama Cockpit. Kerusi tersebut adalah pertama seumpamanya direka Ferrari Design dan dihasilkan Poltrona Frau, iaitu syarikat pembuat balutan kabin kenderaan Ferrari sejak 1980-an lagi.

Pembuatan Cockpit ialah hasil ilham dua pakar yang menggabungkan pengetahuan masing-masing dalam bidang automotif dan kelengkapan harian. Kerusi itu juga menjadi simbolik kepada ulang tahun penubuhan Ferrrai yang ke-70.

Cockpit President
Cockpit President
Cockpit Executive
Cockpit Executive

Menampilkan rekabentuk yang diilhamkan daripada kerusi pemandu kereta lumba, Cockpit dibina berasaskan struktur modular yang boleh diubah suai - ciri biasa pada platform kereta masa kini. Ada dua model Cockpit dikeluarkan, President dan Executive, di mana kedua-dua varian kerusi itu boleh dilaraskan dan dibezakan melalui saiz perehat kepala.

ERGONOMIK, MATERIAL SUPERCAR

Model President ada perehat kepala tinggi yang diinspirasikan daripada ciri ergonomik kerusi kereta lumba, manakala Executive sesuai untuk kegunaan umum dengan perehat kepala lebih rendah dan kecil supaya posisi duduk lebih bebas untuk bergerak.
Menurut Ferrari, rekabentuk Cockpit dihasilkan berasaskan pengalaman sejak 70 tahun lalu dan setiap elemen tersemat bersama DNA jenama itu selain turut menggunakan material sama pada jentera sebenar. Frem luar Cockpit pula dibentuk daripada gentian karbon atau gentian kaca aluminium dipanggil aluteks.

Ferrari Design menawarkan tiga pilihan kemasan kulit, iaitu Scuderia, Classica dan Inedita. Malah, pelanggan yang mahukan sesuatu berbeza juga boleh memilih warna dan material khas mengikut cita rasa sendiri.

Cockpit President
Cockpit President
cockpit_4
cockpit_10
cockpit_1
Cockpit Executive
Cockpit Executive
cockpit_6
cockpit_2
Cockpit office chair 2017.01
cockpit_3
cockpit_5
cockpit_8

SUMBER: Poltrona Frau

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cockpit, Ferrari, Ferrari Design Centre, kerusi pejabat, kerusi pejabat Ferrari, Poltrona Frau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev