• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Misteri Pemandu Isi Minyak 22 Kali dalam Sejam Terjawab

Misteri Pemandu Isi Minyak 22 Kali dalam Sejam Terjawab

November 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TINGKAH laku pelik seorang pemandu lori yang mengisi diesel sebanyak 22 kali di sebuah stesen minyak sama dalam tempoh sejam akhirnya terjawab.

Rupanya suspek disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan diesel di Kampar, Perak semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamaluddin Ismail berkata, aktiviti itu tumpas hasil risikan dijalankan anggota penguat kuasa selama seminggu.

Menurutnya, pemantauan dibuat terhadap sebuah lori yang membeli diesel berulang kali di satu stesen minyak di Kampar.

Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak, termasuk pegawai membuat serbuan di bawah Ops Tiris kira-kira jam 11.15 malam.

Semasa kejadian, anggota penguat kuasa mengesan sebuah lori tangki melakukan pengisian minyak diesel sebanyak 22 kali melalui dua nozel pam serentak di stesen minyak sama lebih kurang satu jam.

“Curiga dengan aktiviti itu, anggota penguat kuasa menyerbu dan melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun disyaki pemandu berada dekat lori.

“Pemandu itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barang kawalan apabila diminta. Pemeriksaan lanjut mendapati tangki asal lori juga diubah suai,” kata Kamaluddin.

Beliau berkata, pemeriksaan di stesen minyak sama mendapati lori berkenaan mengisi diesel sebanyak 22 kali dengan setiap transaksi bernilai RM500.

Pasukan KPDN Perak turut mengambil keterangan pekerja stesen minyak, manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.

Kamaluddin berkata;

Sebuah lori tangki, peralatan pam penyedut, dokumen berkaitan dan 5,000 liter cecair minyak diesel dalam tangki lori disita yang dianggarkan bernilai RM172,750.”

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

SUMBER: MGPerak

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Kamaluddin Ismail, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev