• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai i30 N Sertai Perlumbaan Enduran Sebagai Persiapan ADAC Zurich 24-Hour

Hyundai i30 N Sertai Perlumbaan Enduran Sebagai Persiapan ADAC Zurich 24-Hour

April 16, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

HYUNDAI serius mahu mendaki kedudukan sebagai antara pengeluar utama automotif global yang mana lazimnya menghasilkan model prestasi tinggi dan menyertai sukan permotoran. Jika pandai mengeluarkan kereta, tetapi tidak pernah sesekali terbabit dalam dunia perlumbaan, mungkin lebih baik pengeluar itu dijual sahaja kepada mana-mana pelabur berduit. Nanti bolehlah si CEO bersara dan minum kopi di rumah saja.

Kebelakangan ini memang nampak jelas ke mana hala tuju pengeluar automobil Korea Selatan. Mereka berkali-kali cuba membuktikan produk mereka bukan lagi 'cap ayam' dengan melakukan pelbagai inovasi hebat yang tidak ditawarkan pesaing lain.

SERTAI LUMBA ENDURAN

Terkini, Hyundai bakal melancarkan divisi prestasi dikenali sebagai N (BMW guna label M). Model pertama dibangunkan di bawah lencana N ialah i30, di mana pada 8 April lalu, model itu dihantar untuk menyertai perlumbaan enduran, Veranstaltergemeinschaft Langstreckenpokal Nürburgring (VLN) atau terjemahannya Kejohanan Perlumbaan Enduran Nürburgring VLN.

Penyertaan itu sebenarnya adalah persiapan awal Hyundai sebelum menyertai perlumbaan lebih hebat, iaitu ADAC Zurich 24-hour di litar Nüburgring pada penghujung Mei nanti dengan mempertaruhkan dua jentera berentap.

Jurutera Hyundai Motor dari Namyang, Korea Selatan dan Pusat P&P Hyundai Eropah akan bekerjasama dalam mengasah prestasi i30 N yang dijangka dilancarkan beberapa bulan akan datang. Menurut Hyundai, penyertaan tersebut bertujuan menguji spesifikasi teknikal i30 N. Menurut perancangan, spesifikasi pengeluaran umum adalah hampir kepada versi ujian tersebut, di mana i30 N bakal menggunakan enjin 2.0L Turbo dengan transmisi 6-kelajuan.

BACA >>> Foto Teaser Hyundai Kona (2017) Papar Imej Lampu Sahaja, Harap Bersabar

Ketua Ujian Kenderaan dan Pembangunan Prestasi Tinggi Hyundai Motor, Albert Biermann berkata, Hyundai mahu model prestasi tinggi itu mempunyai karakter perlumbaan. Jadi, sangat penting bagi pengeluar automobil Korea itu menyertai siri perlumbaan dengan melakukan beberapa pengubahsuaian minimalis.

Hyundai Motor turut pusat ujian di Nürburgring, berkeluasan 3,600 meter persegi dan diseliakan Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah. Litar di Nordschleife itu mempunyai 73 selekoh, permukaan dakian hingga 17 peratus dan perbezaan altitud kira-kira 300 meter yang menjadi ciri sesuai untuk menguji sesebuah kenderaan berprestasi tinggi.

Hyundai i30 N 2017.01
Hyundai i30 N 2017.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Albert Biermann, hyundai, Hyundai i30 N, Hyundai Motor, Nürburgring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev